Assalam semua readers...
Tak sangka dy suruh aku buatkan blog untuk dia.Agak terkejut coz setahu aku mana layan blog-blog nie. Yang dia tahu game jer memanjang..
Well,aku pun tujuan dia nk berblogging so aku just create benda yang basic jer kat blog dia..Title blog dia agak serius dan jika entry-entry dia cakap benda yang berkaitan dengan title 2 kompem aku tak faham.haha.
Well,good luck and semlamat berblogging la...
Sabtu, 2 April 2011
He has a blog ?
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 2:07 PG 0 anda hot
Label: gedik fedik
Isnin, 7 Mac 2011
Iri hati
Kelmarin pergi PC Fair kat Zenith Hotel.Memang sesak giler coz time tue jugak ada IPTA Fair so penuh dengan budak-budak sekolah.Aku pergi dengan abang aku.Well,aku masuk jer lobi aku perasan banyak giler golongan remaja tak kira usia dan paras rupa yang kat leher dyorang tergantung DSLR yang berjenama NIKON and CANON (chop,aku konfius eja conan ke canon.haha).
Ok,aku konfius time tue yang aku nie pergi PC Fair ke @ DSLR Fair? Hahaha.Geleng kepala aku jap time tue.Nevermind la,nawaitu aku nak beli external coz laptpo aku dah berat nanang.Dah penat usha dengan aku pun kuar then cucuk duit kat Bank Islam.
Dah setel semua aku dengan abang pergi makan kat Johnny (salah eja kot).Kat ECM pon sesak.Rupanya ada function kat floor bawah.Well,ada show live band so aku turun tengok.Aku kuarkan kamera aku yang tahap kapuk tue nak snap pic live band 2.Tibe-tibe aku terasa macam ada orang jeling aku.Aku pandang,laa DSLR rupanya sebelah kamera aku nie.Kenapa awak jeling kamera saya? Jeles ek saya ada kamera digital kapuk nie dan awak ada DSLR yg baru beli semalam.Terpampang tag harga NIKON D3100 awak tue.Aku wat bodoh jer time tue.Teringat plak entry yg sebelum nie
"you are not a photographer but you just have a overpriced camera" aku cakap kat dy then aku bla.Haha,padan muka ko!
Beraninya aku time tue............nsib baik tak kena kejar...
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 1:12 PG 0 anda hot
Label: gedik fedik
Rabu, 23 Februari 2011
Cun tak aku pakai? Haha
Assalam dan salam sejahtera,
Tiba-tiba terasa nak test pakai heels or wedges nie.Chop,betul ke ejaan aku tue,ala nevermind jelah..Well,sehingga kini au tak pernah ada kasut tang bercirikan kewanitaan.Aku cuma ada sneakers yg abg aku bg and the other one sneaker aku beli tok nak bawak masuk bengkel.Beli kat Carefour,hahaha..Cuma aku ada kasut jenis flat khas untuk assesment punye.Yelah,lecturer ada tegur time assesmen pakai la kasut pompan coz time tue aku pakai baju kurung dengan sneakers..Haha,suka hati aku jer..aku mana ada kasut bertutup,law ada pun sandal and sandal 2 tak bertutup so mana boleh pakai time assesment.Pakai g kelas pun tak pas tue.Kalau aku g hang up ngn member-member aku pakai selipar jepun tapi ada style.Hahaha.Style la sangat.Ala,bukan selipar jepun yang warna putih tali biru.Tapi ala-ala selipar jepun lah jugak..Tak pun aku pakai sneakers,fuhhh,lagi sheemartt..
Anyway,dah lama aku tengok kasut2 pompan nie cuma xpernah pakai n xpernah nak beli coz time tue tak ada feeling nak beli lagi.Aku memang suka masuk kedai kasut tak kira la butik kasut @ gerai kasut kat pasar malam,kompem aku masuk punya.Untuk cuci2 mata jer.Hahaha.
Well,umur pun dah masuk 20 tahun.Terasa nak beli satu la tapi masih lagi mencari yang berkenan di hati.Aku kalau beli biar boleh pakai untuk semua baju.Ha,,mase test kasut tue terserlah ku nk jatuh.HAHAHA.Ok,balik umah kena praktik pakai heels mak aku punya..hahaha..
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 6:59 PTG 2 anda hot
Label: gedik fedik
Selasa, 15 Februari 2011
Apa punya service daa

As salam semua.Korang pernah guna service Mcd delivery tak? Ala,yang hantar pesanan ke rumah,pejabat @ dimana sahaja.Macam mana service yang korang dapat? Best tak? Memuaskan hati tak?
Well,aku pernah sekali guna services nie dan sekali itu bermakna FIRST TIME guna la.Malam tue aku lapar giler and tengok dapur tak ape nak melantak.Nak makan luar malas nak tukar baju and sarung tudung.Kalau aku rajin buat semua tue mesti tak ada orang nak temankan aku makan.Tibe-tibe aku terpikirkan sal Mcd delivery nie coz K.Sabrina pernah guna services nie masa kat ofis.Aku pun call la dy coz aku tak tahu no delivery tue.K.Sabrina cakap dy tak ada save no tue and dy just tengok internet jer so aku pun mintak la member ku yang tengah online cari no services tue.Bila dah dapat aku call la.Fuhh,berdebar taw nak call.....
Aku ingatkan operator laki angkat aku punya call tapi rupanya operator mesin.Yelah,biasa aku call Celcom operator manusia yang bercakap.Haha.Aku ikut segala arahan ape yang mesin tue suruh.Then mesin tue akan sambungkan talian aku ke operator manusia lagi bernyawa.Berdebar nie nak cakap dan ini antara dialog aku dengan operator tue,
Aku:Saya nak buat pesanan nie (suara yang berbaur gelojoh+lapar)
Operator: Ya,saya tahu.Cik baru pertama kali buat pesanan ke?
Time nie aku terasa dia seolah-olah memerli aku.Dia tahu-tahu jer aku first time wat banda tue.Takpe,cool kalau tak Mcd tak sampai kat rumah
Operator:Boleh saya tahu nama cik,alamat rumah dan IC?
Aku:Nur Amalina Hanan.No IC 91****-06-****.Alamat rumah plak,Bla bla bla bla bla,Kuantan.
Operator:Tunggu sekejap cik
Sementara tue aku dan member nak pilih menu nk diorder.Terliur tengok menu kat web Mcd 2.Pastu dengar operator tue bercakap,tibe-tibe talian putus.La,kredit habis....Aku pinjam hp member aku coz memasing dah lapar sangat nie.So aku call la balik.Aku ingat operator yang sama coz suara pompan so aku pakai terjah jelah then terpaksa la aku repeat balik step.Bila dah bagi semua yang dia minta dia pon cakap
Operator:Maaf cik,Mcd delivery yang terdekat sampai pukul 9.30 malam jer.Maaf
Aku:Laa,yeke.Saya lapar nie cik.Tak ley overtime ke?
Operator:Maaf cik.
Betapa hampanye aku time tue.Beria tol aku tengok menu kat web dy tadi.Aku tengok jam.Ciss,time aku call tue baru pukul 9.36 malam.Dah la panggilan tue dicaj.Pastu soal macam-macam konon dapat la makan last-last time delivery da habis.Haii,kasi aku harapan palsu tol la.Dah tahu servis dah tutp tak payah la nak bagi harapan.Sedih nyee.Sob sob sob.Last-last aku goreng telur mata kerbau dengan nasi putih campur kicap.Sedihhhh...Apa punya servis daaa
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 6:36 PTG 0 anda hot
Label: gedik fedik
Jumaat, 4 Februari 2011
Eating lonely (sob sob sob)
Assalam semua dan salam sejahtera
Well,tadi pergi Kuantan with my sis n my bro.Niat aku just saja nk gedik fedik ikut akak jumpa kawan lama dia.Bila dia dah lepak ngn kawan-kawan dia,aku pergi la bawa diri ke tempat sale selendang.Skang tengah sale so apa salahnya aku pergi tengok.Kan kan kan.Actually aku nk tukar selendang yang aku pakai time tue coz selendang tue keras kejung and see like so weird so i think i need a another hijab but tak sempat nak tukar coz my bro da hon hon hon kat luar.Nak xnak aku terpaksa lah jugak lilit selendang 2.Masuk jer kereta my bro said,''Eina,ko pakai apa kat atas kepala 2.Selendang ke kanopi?,''. What?!! He said my hijab like canopi.Aku persetan kan aja then da niat kena beli selendang lain kat Megamall nanti.Finally.i'm just bought a hijab then go to the toilet and change! Bye selendang canopi..
After that,my sis text me and said her at KFC.Aku apa lagi terus naik tingkat dua then hulur tangan and dia beri rm10.Tq sis coz belanja!! Aku makan sorang-sorang kat meja belakang sekali.Agak janggal la plak bila makan sorang2 coz time 2 ramai yang makan bergroup.Nak wat macam mana kan,terpaksa.
Actually,terasa sangat sedih time 2.Yelah,boleh katakan aku pandang kiri kanan ada jer pasangan bercinta tergedik-gedik manja depan aku.Terasa nk sergah jer.Hahaha,padahal nk cover rindu kat K.A.Yelah,tengok dyorang aku terasa jeles sikit.Chop,sikit jer ke Eina.Banyak kot.Hahaha.
Ingat best je makan sorang2.Tak best wooo.Sob sob sob.K.A,nanti bila u da free kita makan kenny rogers ek.U belanja ek coz i still study lagi even u pon still study gak tapi tak salahkan.Ala,u kan gentlemen.Hahaha
Sebelum aku terlupa HCNY!! Mau limau.Angpau jangan lupa
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 7:27 PG 0 anda hot
Label: gedik fedik
Ahad, 30 Januari 2011
im still undercontrol
Assalam semua dan salam sejahtera.Aku pun dah menjangkau usia 20 tahun pada 28 Januari so Happy Sweet 20 to me! Haha.Ops,silap la.Bukan sweet tapi happy macho 20.Kenapa MACHO? Well,aku suka ngn word 2 la drpd cun,comel,cantik.
Umur pon dah 20 so pemikiran pon kena la berubah kan.Yelah,aku pernah dihentam kerana pemikiran kolot @ consertative thinking.Peh,aku mula-mula memang tak leh terima coz time 2 aku pye hati tak tenang and diselubungi rasa marah ya amat.Tapi hati da tenang and pemikiran aku mula mengingati apa yang terjadi then aku akui tentang cara pemikiran aku 2.Tapi not all time im in consertative thinking k.Baru aku perasan time 2 aku kena PMS kot 2 yang aku pikir yang negatif.PMS? What that? Well,it is Pre Menstrual Syndrome.Ha,,tak tahu lagi? Google sendiri k.Maklumat di hujung jari sekarang nie.Oleh itu,aku akan berusaha untuk berubah ke arah kebaikan untuk diri aku dan orang lain.
Even aku da 20 tahun,tak bermakna aku sudah bebas.NO! Sangat silap besar sape-sape yang berfikiran sebegitu.Korang tahu tak wajib mengundi pilihanraya pada umur berapa? 21 tahun kan.Kenapa aku kaitkan kewajiban mengundi dengan kebebasan diri? Ok,aku explain sikit mengikut pemahaman aku.Kewajiban mengundi kepada warganegara yang berusia 21 tahun keatas dan pengundi haruslah mengundi mengikut PILIHAN SENDIRI dan TANPA PAKSAAN orang lain.Sebab pada usia 21 tahun pengundi boleh berfikir secara WARAS untuk kebaikan mengundi.So,21 tahun 2 kira zaman kebebasan diri yang rasmi la tapi jangan lah sampai melampau batas la plak kan.Tapi zaman sekarang budak umur 12 tahun pun da bebas macam umur 20an plak.Dunia memang dah maju tapi jangan lah sampai nk merosakkan diri sendiri.Well,aku nie kira masih lagi bawah pengawasan mak abah aku la.Haha,tidur pon dengan mak aku.Aku bukan anak manja tapi time nie jelah aku nak bermanja dengan mak aku coz selama nie aku tak pernah kot tidur dengan mak aku kat umah.Yelah,lepas nie dah balik JB so dah tak dapat dah.Pastu dah kawin kompem2 tak merasa dah coz all time sleep with my hubby.Cehhh,cakap sal kawin plak aku nie,gatal nk kawin ke eina! Hahaha.
Bila cakap pasal hari jadi mesti orang akan tanya ‘’Eh,kau dapat hadiah ape?,’’ soalan yang sangat biasa kita dengar ditujukan kepada birthday person.Ala,ayat 2 dah lapuk la awak,cube bagi soalan yang mencabar minda contoh ‘’Apa ramuan kek besday ko 2,’’ @ ‘’Agak2 bape kilo tepung yang kitaorang tabur kat ko tadi,’’ .Best gak aku nak pikir kan.Hadiah bagi aku bukan lah sesuatu yang penting @ wajib bila time hari jadi,ucapan pon dah cukup bermakna dah.Tapi kalau ada yang nak bagi apa salahnya kira itu rezeki lebih la kan.Malam hari jadi aku aku dapat kejutan dari budak umah aku.Ciss,sangat aku tak sangka coz semua muka macam biasa jer.Then Zana ajak budak bilik aku tengok wayang so ikut jelah.Cter Faster lakonan the Rock.Tajuk jer faster tapi cter x laju mana pun coz klimaks dy xbest la.Tahu-tahu jer dah habis.Cehhh,nasib baik tiket rm8 jer.Habis cter 2 pukul 10.45malam so kitaorang shoot pic on the top of ECM la.Time 2 cuaca berangin so agak nak melayang tubuh aku yang kurus nie.Dah puas dok ambik angin kat situ kitaorg pon balik umah.Aku naik dulu coz yang lain ape tah dyorg sibukkan.Dah la kat bawah 2 gelap,risau jer terpijak tikus ke,lipas ke,,seriau k.Bila aku bukak jer pintu 4 mercun meletup depan aku.Sumpah,terkejut aku and tak sangka sangat2.Habis aku kena tepung and it is 1 time in my life coz sebelum nie tak pernah nk sambut pon.Nasib baik kena tepung jer,telur and air xda.Haha,coz telur kat umah time 2 dah habis.Ada hikmah.After that,kitorg makan2 and aku kemas rumah yang dah penuh dengan tepung 2.TQ guys 4 everything.Korang memang best! Esoknya aku sampai ofis abg Ayuz dah sampai dulu.Aku bukak jer pintu dy dah senyum and say ‘’Happy Birthday’’.Pastu dy ajak breakfast kat kedai ZAM ZAM.Abg Ayuz belanja makan! TQ A.Ayuz! Tak lupa juga kepada K.Sabrina n A.Fikri coz wish my birthday.
Bukak jer FB berderet wish my HB.TQ guys! I love u all.Terasa macam artis plak.Hahaha.Alhamdulillah aku balas semua wall post dyorg.Anyway,sape-sape yang lupa 2 nevermind.I tak kisah pon.Next year ada lagi kan.Bukan berdosa pon kalau tak wish pon.
Sempena HB saya,saya amat berterima kasih kepada
-Allah SWT coz masih memberi peluang kepada aku bernafas di dunia ini yang penuh dugaan.Alhamdulillah.
-Mak abah dan adik beradik yang berdidik aku sehingga besar even selalu menimbulkan masalah and memeningkan kepala dyorg sal perangai aku yang really stubborn nie.Eina akan berubah,Insyaallah.
-Rakan-rakan samada bdk Ganchong,Ahmad,PLKN,PJB,POLISAS,FB dan rakan tempat kerja TALENT ID.I love you all !
-Tak lupa juga kepada K.A yang wish my HB.Happy trip ya! Anyway,jgn bg WTF kat I da.
-Kepada blogger and silent reader jugak tak lupa coz sudi membaca blog usang nie.
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 7:43 PTG 0 anda hot
Label: gedik fedik
Ahad, 16 Januari 2011
UTP vs UiTM
Tahniah kepada pakwe n makwe ku yg berjaya sambung ijazah kat 2 U nie.Ahamdulillah,rezeki mereka.Aku? Insyaallah aku akan sambung jika da rezeki.
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 10:28 PTG 0 anda hot
Label: gedik fedik
nissan
xda ape nk tulis so aku letak ape2 jer janji aku update yg da bersawang tahap gaban nie.wait me 4 next entry k!
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 10:18 PTG 0 anda hot
Label: gedik fedik
Jumaat, 7 Januari 2011
hidup mati sebuah blog usang

salam dan apa kabar semua,
statemant kat atas 2 giler serious even ownernya xla serious mana pon.dalam kata lain susah nk serious tpi GEDIK-GEDIK nak jadi serious.HAHA
Dah lama aku xupdate dan ini entry yg disimpan sbg draf coz tgah syok2 aku taip dan idea mencurah-curah nk post entry tros line tenet wat hal.Cehhh,betul jeles dgn aku tol tenet nie.
Well,actually dah lama aku menyepi dalam dunia blog nie even aku tiap2 hari bukak and tak pernah nk post ape2.Sengal tol.
Anyway,dulu aku jadikan blog nie sbg DIARI GEDIK.sebab apa nama cam 2 coz apasal la aku nk gedik fedik nk cerita satu dunia sal masalah kau eina.orang lain pon ada masalah gak.tak payah lah nak heboh satu dunia.ok,2 statement khas tok aku k.korang jangan terasa plak.So aku decide tok edit balik entry2 lama coz aku tak mahu menyerabutkan kepala korang dengan masalah aku kan kan kan.Lepas nie Insyaallah aku post entry yg happy2,seram,kelakar,hot2 ke..
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 10:18 PTG 0 anda hot
Label: gedik fedik
Rabu, 15 Disember 2010
FINAL SEM3
As Salam semua,
entry kali nk simple jer.pic kat atas 2 wajah2 bakal designer.Insyaallah.Anyway,korang perasan tak pic atas 2 aku tiada kat situ.Kemanakah aku menghilangkan diri? Well,time 2 aku kat toilet coz sob sob sob (menangis la).Fuhh,aku tak tahu aku sob sob sob sebab ape.Pas hbis asessment hati aku rasa sebak yg amat.Pergh,aku tak pernah nangis macam 2.Beria tol aku nangis sampai terhenjut-henjut bahu aku.Sian sian sian.Putus cinta pon xmacam nie.Ok,tak mau sedih2 k.Apa2 pun aku cukup bersyukur coz aku punya final siap.Dan paling penting iaitu insan2 yg byk membantu aku and teman aku wat kerja kat bengkel sampai 5pg.Terima kasih!!!
Ops,lupa nk explain plak sal final aku.Well,msa sem3 kitaorg wajib design 1 furniture yg berkonsepkan moden then aku pilih wat AMPAIAN SEJADAH DAN RAK BUKU AL-QURAN.Subject matter aku punya design no.5 iaitu membawa maksud SOLAT LIMA WAKTU.Arabes 2 plak menonjolkan imej keislaman.Anyway,maybe korang tengok macam pelik kan aku punya design dan mesti korang akan cakap macam mimbar masjid kan kan kan.haha.aku tak kisah pon korang nak cakap ape2 pon tapi JANGAN MENGHINA plak..
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 1:09 PG 0 anda hot
Label: gedik fedik
Sabtu, 11 September 2010
sedih dalam gembira
Terlebih dahulu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf zahir dan batin.Batin??? Aishh,,len macam jer batin 2.Huhuhu.Semoga raya kali nie memberikan anda seribu kemaknaan dan kenangan kepada semua pembaca2 sekalian.Semoga ukhwah sesama kita semakin erat.
Kenapa aku sedih time raya2 nie? Well,for da first time aku tak balik kampung belah abah aku,Kuala Pilah.Tiap kali raya mesti balik punyer even cuti raya pendek tapi kali nie tak coz ada masalah kat kg.Bukan bergaduh tapi jalan nak masuk rumah wan aku tue dah kena blok/dihalang oleh sebatang besi yang terpacak tegak kat tengah jalan tue.Pergh,wa cukup panas hati dengan tindakan bodoh orang tue.Wa bukan apa,apa salah wan wa sampai orang tue nak wat macam tue.Wan wa ada wat lu panas hati ke? Wa rasa tak da kan so ngape lu nak wat macam tue.Lu wat macam tue macam lu tue penduduk jati kg tue.Ey,come lah...Family wa dah cakap baik sama lu tapi apa lagi yg lu tak puas hati haa..Lu tak kesiankan wan wa ke..Pasal tanah pun tak kan lu nak aniaya orang tua...Adoyai,,sengal tol la lu nie..Semoga raya nie lu rasa aman dalam tak aman,..Alamak,apesal aku guna bahasa ''wa lu'' nie..Hurm,marah sangat kot.Oleh sebab tue aku tak dapat balik sana and Tokwan aku pergi membawa hati yang lara ke Ipoh,Perak..
Tokwan,walaupun tak nampak dimata tapi cucu nie mengucapkan SELAMAT HARI RAYA!!Semoga wan sentiasa sihat sokmo!! Jaga kesihatan yerk...
Okokok.Tutup kisah tue.Kita kisah lain k,tak mau sedih2 dah.Hahaha.Raya nie aku sedikit excited coz aku ada 2 pasang baju raya.Haha,finally aku ada baju raya melebihi sepasang yang selama nie aku ada sepasang jer coz fulus kali nie banyak sikit.Terima kasih kepada PTPTN,Aik and Abah coz sponsor fulus.Pagi2 raya sudah bising dengan Aqif yang dah berpakaian melayu yang berwarna coklat,sedondon 1 family k.Comel2!!! Aku plak terbangun lewat coz malam tue aku tidur lewat.On the phone with my friend.My BFF!
Sorry la,coz aku tak masukkan gambar raya coz malas lagipun kat FB aku dah ada so sesiapa rasa nak tengok pergilah FB aku.haha.Promote plak.
Erm,aku rasa tak apa dah nak membebel kat sini so sampai disini saja lah.SALAM..
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 1:12 PG 0 anda hot
Label: gedik fedik
Sabtu, 4 September 2010
MOOD RAYA! YAY..
Wahh..dah tal lama lagi nak raya.Seperti tahun2 sebelum nie mesti perasaan teruja tue mula membengkak dalam hati tapi raya tahun nie aku dapat rasa kemeriahan tue cuma tak semeriah macam dulu coz aku ada big projek yang belum nie setelkan lagi.Namun bila sampai rumah memang terasa mood nak raya tue since kat JB dah sampaikan aku tak sentuh langsung sketch design aku coz mood tue.Hahahaha,sory pn.Noro.Tapi saya janji yang saya akan siapkan keje pn 2 'NANTI'.
Bila sebut sal skecth actually aku tak bawak balik sketch kat rumah coz aku tak jumpa dari semalam.Sumpah,aku memang niat nak bawak balik cuma aku tak jmpa and aku lupa kat mana aku letak.Semalam aku g KFC ngn Ghah,maybe aku tertinggal kat sana tapi aku dah g tanya staff then dyorg cakap xda jumpa pun.Alamak!!!! Dimana skecth aku??!! Aku dah mula tak keruan coz sketch tue big projek yang menentukan aku dapat g LI ke tak sem depan.Doyai !!!!! Dari thumbnail sampai detailing sketch dalam sampul putih jernih tue.Aku dah puas mencari 1 rumah sewa tapi tak jumpa.Mampos aku nak sketch balik semua tue siap ngn render lagi...So odw balik pahang berkerut-kerut dahi cuba ingat balik tapi aku memang lupa.Hope tak hilang...Tapi kalau tak hilang mana aku letak.Aku dah berusaha tok cari still tak jumpa...Wahai sketchku,kau umpama nyawa aku dah sekarang so PLEASE COME BACK TO ME!!!! Bukan tue jer,cermin mata aku pun dah tak jumpa.Aku rasa aku tak bawak kuar dari beg g kelas tapi puas aku cri but i can't find it! Doyai.....ngape lah time2 genting cam nie benda yang umpama nyawa aku menghilangkan diri.YA ALLAH,ketemuilah aku dengan sketch dan cermin mataku...Amin
Uderi call aku semalam then tya yang aku nie ada jam ke x so aku cakaplah tak da then dy cakap nak bagi aku jam.Horayy!!!! Yes,dapat jam! Balik rumah,Aik plak bg duit raya.Yes,dapat duit raya!!! Malam plak abah bagi duit raya.Yes2!!!! Ada can nak beli 2pasang baju raya tahun nie.Hahahaha.SUDAH tak sabar even dalam kepala tak habis2 pikir sal sketch yang merajukkan dirinya...
Raya nie aku tak wat kuih raya sama cam raya tahun lepas coz MALAS.Hehehe,even aku nie boyish tapi tahu gak wat kuih2 raya nie.Ala yang simple2 jer.Raya nie gak rumah aku tak pasang pelita.Mercun? Entah la,coz abang2 aku cam tak excited dah nak main cam tahun lepas.Dah besar kot tue malas nak main kot.Hahaha,tak pun xda supplier mercun.
Raya kali nie meriah coz ada MY BENTAYAN a.k.a MOHD AQIF RAYYAN,anak sedara aku yang dah setahun dah.Dah berjalan dah budak tue.Hish,,of kos makin comel budak tue..Meriah2...Mesti bising pagi2 raya nanti ngn perangai nakal dy.Wa,,tiba-tiba mood raya semakin meninggi.HAHAHAHAHA....
Malam nie aku nak g shopping ngn akak,mak,abang2 aku.Yes!!! Coz aku jer yang xbeli baju raya yang lain dah beli so macam mana dengan korang? Hope dah beli..
So,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA PEMBACA2 BLOG AKU even aku bukan bogger yang tegar cam orang lain......Ampun maaf dipinta...
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 2:35 PTG 0 anda hot
Label: gedik fedik
DENGGI
(DENGGI)
Keadaan rumah sewa aku semakin kritikal.Semua dah kena virus demam dan sakit-sakit badan.Semuanya bermula daripada aku.Selasa lepas aku punya badan lenguh-lenguh.Pergh,,lenguh 2 usah cakap la,memang sakit.Nak bangun pun payah.Pastu kepala aku pening dan badan aku dah mula panas.Aku bgtaw Et yang aku sakit then dy tepon aku soh g klinik tapi bagi aku benda sikit jer and aku leh tahan so aku malas nak g klinik.Dy cakap amybe aku kena denggi kot tapi aku tak caya coz tak da tanda2 denggi kat badan aku.Et siap ugut aku lagi kalau aku tak g klinik siap la aku.Ala,dy kat pahang aku kat jb so dy xley wat ape2.Bila malam jer,demam aku makin teruk.Badan aku makin panas,pale aku makin pening dan berat.Atie pujuk aku g klinik and Et tepon sekali lagi marah-marah aku soh g klinik then lastly aku pun g la.Sampai klinik,doc cakap aku just demam biasa jer.Aku cakap la yang aku nie sakit-sakit belakang then dy cakap aku kurang kalsium.Aku tahu la aku nie kurus tapi cuba la chek betul2.Semua kos ubat rm25,tq klinik rozikin.Sepanjang malam tue aku xley tidur coz sakit2 sendi,badan panas,pale pening.Sahur aku bangun dengan keadaan sakit amat tapi aku gagahkan gak kaki nie turun tangga,serupa macam nenek tua da time 2.Atie,haja and ghah sama2 urut badan aku dan aku kena paksa makan ubat yang selama nie aku degil giler nak telan ubat.Fuhh,sedikit lega bila coolfever dilekatkan kat dahi.Baru aku ley tidur dengan nyenyak sikit.Pagi tue mak aku tepon soh aku tak payah puasa coz aku kena banyak minum air lagipun tekak aku memang sakit and kering so aku ponteng sehari.Bukan setakat ponteng puasa tapi aku pon ponteng kelas 1 hari tue,tak larat woo.
Alhamdulillah,demam aku semakin kebah pale pun dah ok sikit Cuma sakit2 badan jer tak surut lagi.Aku gagahkan diri berjalan kaki g kelas.Pergh,selama nie aku yang berjalan paling laju tapi kali nie aku yang paling lambat serupa macam siput dah.Tak lama tue Atie,haja and ghah plak demam.Nie mesti kes dyorang urut aku aritue mesti virus tue tersebar.Atie la yang paling teruk sekali coz antibodi dy lemah.Malam tue gak 1 rumah pergi klinik penawar kat masai dengan kazen atie.Haja and atie suspek denggi manakala ghah plak demam virus kot.Virus ape? Aku pun tak tahu.Aku tak check coz aku dah kebah.Kesian dyorg kalau aku tak mintak tolong urutkan mesti tak berjangkit.
Aku g kelas sorang2 coz yang lain dah tak larat.PA aku dah tahu sal rumah aku dan dy nak hantar ktorg g hospital sultan ismail sabtu nanti.Sungguh caring beliau.Bdak2 kelas pun dah tahu dan ramai cakap demam denggi.Aku risau coz kat kaki aku dah ada bintik2 merah.Aku cepat2 bgtaw Et sal tue.Malam tue abah aku plak tepon tya aku macam mana,soh minum air banyak2,tidur pasang ubat nyamuk.Banyak la dy pesan.TQ abah.
Pergh! Sakit seyh,bila kena cucuk ambik darah.Nak nangis rasanye tapi bila tengok budak yang sebelum aku cucuk tak nangis aku terus tak jadi nangis.Kena kuat eijot! Sesudah dicheck darah aku normal tapi bila aku tunjuk bintik2 tue terus doc tue cakap aku kena ambik balik darah semula.Wa!!! Kena lagi,tapi bukan aku sorang jer yang kena tapi haja pun kena.Ghah plak disahkan tiada denggi but atie lain pula ceritanya.Dy disahkan kena denggi dan ditahan wad kat situ and hari tue gak.Kesian...
Sempena denggi yang menyerang rumah sewa aku nie,mengajar ktorg bersabar dengan penyakit yang dihadapi.Sakit nie gak membuatkan aku nak balik umah sangat2 coz aku nak mak aku jaga aku bukan orang lain. Terima kasih kepada Mak,Abah,Et,PA,rakan-rakan yang sudi mengambil berat tentang aku dan rakan-rakan.Kepada atie,semoga cepat sembuh coz kerusi ko belum proceed lagi.Kepada yang lain silalah jaga kesihatan! Banyakkan minum air coz air begitu bagus untuk badan.
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 2:23 PTG 0 anda hot
Label: gedik fedik
Sabtu, 21 Ogos 2010
(LATIHAN INDUSTRI)
Alhamdulillah,aku dah dapat tempat LI.Aku LI kat Talent Interior Design,lorong seri kuantan,Ktn.Mujur Et search kat internet then dy tepon orang tue.Mula2 aku apply kat tempat lain tapi company 2 main tarik tali plak.Ape yang dy mintak semua aku dah bagi tapi still tak bagi jawapan.Law tak dapat bagitahu jelah,tak payah lah wat aku tertunggu cam tunggul.Ngat aku nie ape,aku serius nak LI kat situ tapi dy layan aku cam nie plak.Last2 aku tepon company 2 then cakap batalkan jelh apply aku then aku apply tempat lain.So,aku apply la kat tempat Et tepon tue.Tak sangka aku yang company aku menunggu aku punye resume!! Wah2,agak teruja dan bersyukur la.Hari tue jugak aku mailkan aku punyer resume.2hari lepas tue aku tepon balik coz nak tahu bila company 2 boleh bagi jawapan,then ada sorang laki bercakap dengan aku yang aku nak LI bila.Aku cakap la yang aku LI start 28/11/10.Pastu dy cakap yang aku nie ada belajar ID,then aku cakap la yang pensyarah yang syorkan LI kat interior design.Bila aku cakap cam 2 terus dy cakap ‘’Oklah,boleh la,’’. Terkedu then aku tanya sekali lagi yang aku nie dapat LI kat situ ke.Dy cakap ‘’Yelah,’’.Pergh!! Betapa tersenyum lbar aku time 2.Tak sangka mudah jer company tue bagi jawapan.Tak macam company yang sebelum nie.Niat aku just nak tanya bila boleh tahu jawapannye tapi lain yang jadi.Bersyukur gila..Walaupun aku tak belajar tentang ID tapi basic tue ada la sikit2 lagipun aku nak belajar bukan kerja kan.Aku terus tepon Et yabg aku dah dapat LI kat company 2.Nasib baik dy dah tepon awal2 company tue law tak aku pun dah pening pale pikir nak LI kat ne la...Tunggu dy hantar surat jawapan jer kat poli guna faks.Tapi yang jadi masalah sekarang macam mana aku nak g LI tue coz tempat tue jauh dari rumah aku.Maybe aku naik motor kot g LI.Hope Allah permudahkan urusan aku semasa LI kat sana nanti.Amin....
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 7:30 PG 2 anda hot
Label: gedik fedik
(MASA SEMAKIN SEMPIT)
Tangan nie dah jarang sentuh laptop.Banyak faktor sebab ape aku dah jarang menaip contohnya design aku yang semakin jatuh cinta kat aku sehingga aku sukar untuk menyentuh laptop nie.Haish,final makin dekat and masa semakin meruncing then aku masih begini.Dalam hati pernh berkata ‘aku kena keraskan hatindan rajinkan diri’ tapi kata hanya tinggal kata2.Aku sedar masa semakin pendek tapi kenapa aku masih suka melengah-lengahkan kerja.Online? Tak pun,aku tak ada bb and rumah aku tak ada wifi lagipun law aku g cc pon time free jer.Bila cakap time free aku jarang ada time free sejak dua menjak nie.Sampaikan ada somebody cakap aku nie nak jauhkan diri daripada dia sedangkan aku banyak kerja.Kelas pun still habis lambat even bulan puasa pon.Nak wat cam ne kan,nama pun student lagipun law balik awal2 pun nanti tak wat kerja.
Sejak bulan puasa nie aku still lagi puasa penuh.Haja dan Ghah dah pun ponteng puasa.Hahaha.Aku tak tahu la.Due aku tak menentu coz hormon aku tak stabil.Haha.Yelah,badan aku BMI tak pernah nak normal,asyik underweight jer.Bibir aku pun da kering even dah berbuka.Nasib baik tak pecah tapi berkeping,2 wat aku suka nak kuping then bibir mul rasa pedih bila kena air.Jenis aku susah nak pakai lipbalm.Ada memang ada tapi malas nak pakai.Aku beli lipbalm 2 dari sem1 tapi tak pernah nak habis.Aku pernah target yang aku nak habiskan sampai hujung sem nie tapi sekarang tak tahu la coz aku bukan jenis yang ber’make up’ nie.Just pakai pencuci muka jer yang berjenama Safi.Bagus Safi 2 bagi aku la coz aku pakai since sekolah menengah lagi then muka aku still ok even ada jerawat. Haha.Bajet jer aku nie,konon kau lawa sangat la...
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 7:29 PG 0 anda hot
Label: gedik fedik
Ramadhan dan hati
15/08/10 11.09mlm
Sudah masuk hari ke-5 Ramadhan so mungkin tidak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Ramadhan Mubarak.Aku hope puasa nie memberi aku seribu makna dan kesedaran kepada aku yang hidup ini penuh dengan kebahagian dan dugaan.Kali nie aku menyambut puasa di rumah sewa dan berbuka dengan masak sendiri.Sahur pun cam tue gak.Bangun 4.30pg masak o panaskan lauk masa berbuka tadi then makan.Walaupun tak selazat lauk time kat rumah tapi mampu mengenyangkan perut kami ber4.Alhamdulillah......
Keje design semakin menghampiri dateline tapi aku masih begini.Kenapa!!!! Mungkin tak ada mood nak wat bersungguh o tak ada meja.Meja? Law nak wat design aku kena ada meja law tak aku tak selesa dansakit belakang sebab 2 bila masuk kelas jer aku baru leh wat keje.Ingat nak esok nak stay kat kelas sampai kul 5.30 kot.Hahaha.Sekali lagi aku cakap lebih,entah wat entah tak wat.
Sudah terbuka @ tertutup lagi? Atau kunci sudah berada di tombol pintu Cuma menanti seseorang untuk membukanya??? Dia kembali lagi dan tak habis-habis nak menyalahkan diri atas kesalahan yang lalu.Terima kasih kerana masih mengambil berat kat saya lagi walaupun situasi sudah berlainan.Dia pun sudah tahu sal ‘somebody’ 2 walaupun namanya masih lagi tidak dipamerkan kat sini.Mungkin rakan-rakan aku sudah tahu siapa gerangan somebody tue.Dan sejak bila somebody 2 mula muncul,aku masih lagi tak bercerita dengan secara detail.Belum sampai masanya kot..
Close your eyes then i’ll lost in your mind...............
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 7:28 PG 0 anda hot
Label: gedik fedik
Sabtu, 14 Ogos 2010
close your eyes
close your eyes
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 11:03 PTG 0 anda hot
Label: gedik fedik
Ahad, 8 Ogos 2010
bila kenangan menghantui diri
08/08/10 5.13pg
Aku baru habis tengok cter korea tue.Yes! Dapat gak aku habiskan 3cd dalam satu malam.Pagi tadi aku ada extra class dengan pn.noro.Datang lambat,maaf pn.Terlebih tidur.Huhuhu.Then aku,ati,haja,ghah n farah survey hardware tok wat model nanti so kami dah jumpa satu kedai yang bakal mengaut keuntungan daripada kami.Hahaha.
Hurm,good news! Aku dan somebody dah berbaik semula.Malam tadi kami jumpa kat tempat yang biasa kami lepak.Well,kali nie salah aku then aku dah say sorry kat dia.Hahaha.Lawak pun ada gak.Konon masalah besar sangat la padahal boleh settle dalam masa tak sampai sehari jer.Bongok tol kami nie.Dia cakap kat aku yang sanggup junjung AL-Quran yang dia sayang kan aku.Then dia cakap yang aku nie dah jadi sebahagian dalam hidup dia.Ghah semalam pun cakap yang dia sayang sangat aku.Tiap kali jumpa then kalau dia cakap yang dia sayang aku,aku terdiam dan lidah aku kelu coz aku memang tak boleh cakap apa-apa.Dia seorang yang jujur dengan perasaannya dan tak takut tok meluahkan isi hati.Dia cakap kalau tiada jodoh antara kami dia pesan pilih lah lelaki yang jujur dalam perasaanya sendiri dan menjadi diri sendiri.Sumpah,time tuh aku just senyap dan hanya dia bercakap.Dan wat 1 time aku meluahkan perasaan aku kat dia face to face.’Aku cuba nak terima kau tapi kenangan lalu mengikat diri aku.Hidup aku terikat dengan kenangan silam’,tue lah ayat aku time tue.Then dia senyap dan faham apa yang aku cuba sampaikan.
Kenangan? Terima kasih kepadanya kerana berjaya mengikat aku dengan kenangan yang dicipta olehnya lalu meninggalkan aku keseorangan.
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 7:40 PG 3 anda hot
Label: gedik fedik
rasa nk bg WTF jer
06/08/10 7.07ptg
Aku baru lepas amndi.Tadi aku dan budak-budak rumah pergi beli barang dapur kat Masai,pinjam kereta orang sebelah.G poli pun naik kereta,excited.Selama nie jalan kaki then hari nie naik kereta.Pakgad yang selalu menyapa kami bila masuk pintu pagar poli pun terkejut tengok kami masuk poli dengan kereta.Hahaha.Budak kelas pun pelik dari mana kami dapat kereta tue.Terima kasih abang sebelah! Lain kali bg pinjam kereta.Ati driver kereta.Haha,dia boleh drive dengan ok tapi time nak belok kena wat latihan banyak-banyak.Hahaha.Well,seronok la!!
Selasa minggu depan dah start puasa.Ramai budak kelas balik tapi aku tak balik coz ada kelas hari isnin.Diaorang ponteng kelas hari isnin.Aku memang nak balik tapi tanggungjawab sebagai pelajar harus diutamakan.Cis,poyo giler ayat aku nie.Kelmarin aku ada tengok video aqif barjalan.Comelnya!!!! Sumpah,aku rasa nak menjerit dalam CC time tue.Seronok sangat tengok my bentayan dah berjalan.Dia jugalah yang membuatkan aku nak balik sangat-sangat.Aqif,makdek kangen sangat deh sama kamu...Hurm,bila la aku dapat balik lagi ek?
Semalam aku tidur pukul 4 pagi.Aku tengok cter korea tue.Pergh,meleleh air mata aku.Siot tol la,hilang macho aku.Malam nie nak sambung lagi la.
Pergh,aku memang bengang giler seyh dengan somebody.Ayat ‘P LANTAK KO LA’ yang dia bagi membuatkan aku rasa nak balas ‘WTF’ jer kat dia.Nasib baik aku masih bersabar dengan sikap dia tue.Dia pernah cakap kat Ghah yang aku nie jual mahal.Ok,biar aku jelaskan kenapa aku bersikap macam tue.1,kisah dulu aku jadikan pengajaran.Kata-kata lelaki nie macam bom nuklear yang kena kat Hiroshima dulu.Kesannya masih kita nampak sampai sekarang so macam tue gak dengan hati aku.Aku akui yang sekarang nie aku cukup berhti-hati dengan sesiapa yang cuba nak rampas hati aku.Apa,ingat aku nie mudah cair dengan kata-kata manis korang tue.Mungkin sikap aku yang boyish nie macam nampak orang yang bodoh dalam bab-bab nie tapi bukan aku.Ghah pernah cakap sesiapa yang dapat aku,orang tue memang hebat coz hati aku nie keras.Setakat janji manis korang,aku syorkan korang tak payah la nak berjanji dengan aku coz aku jens pegang pada janji then bila orang tue lupa akan janji dia aku akan ingat sampai aku tak lupa.Penampilan je macam nie tapi dalaman aku macam permpuan lain juga yang ada perasaan.Ah,wat apa aku nak bengangkan dan terus berbengang dengan orang macam tue.Menambahkan sakit hati jer.Aku rasa lepas nie biar la orang nak cakap aku nie perasan cantik ke comel ke lawa ke,i don’t care bout it coz I’M MACHO k.Dah,stop sal somebody.
Esok aku ada extra class dengan pn.noro.Kelas design,macam biasa la.Tapi haja cakap sok jugak kami nak g survey kedai hardware yang ada komponen yang diperlukan oleh kami tok wat model nanti.
K,aku nak sambung tengok cter korea dalam masa yang sama nak hilangkan perasaan bengang aku nie.Chow!
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 7:39 PG 0 anda hot
Label: gedik fedik
kekeluhan
05/08/10 1.01pg
Hurm.Aku bermula penaipan pagi nie dengan satu keluhan.Terdapat beberapa perkara yang menyesakkan kepala aku.Assgment yang semakin meruncing iaitu kelas Design.Aku kena @ memaksakan diri aku nie tok jadi lebih rajin yang selama nie aku pemalas.Eish,apa nie eijot.Kau kena rajin la makdek! Ok,aku akan ‘cuba’ jadi rajin.Ahaks...
Mood aku pun selalu muram.Hurm,aku mengeluh sekali lagi.Maybe tengok movie jepun,2 aku jadi cam nie.Eh,nak salahkan movie plak...K,fine.Aku cakap jujur la yang aku gaduh dengan somebody.Aku bukan sengaja nak mencetuskan pergaduhan tue tapi kadang-kadang sikap dia yang nak cepat terasa membuatkan aku rimas.Dia ingat aku nie ape,nak treat aku nie mcm aku nie GF dia..
Tengahari tadi time nak g kelas aku,atie dan haja nyaris kena langgar dengan Myvi putih giler.Kereta tue belok bapak giler maut.Terkaku aku time tue tapi nasib baik kereta tue cepat elak.Pergh,sakit hati aku.Bukan apa,aku dapat cam mimik muka driver time tue.Driver 2 laki n sebelah dia perempuan.Mereka tue kapel coz perempuan 2 tinggal depan rumah sewa aku.Maybe time tue mereka bergaduh sampaikan driver tue pandu kereta ikutkan perasaan kot.Cis! Tapi jangan sampai nak langgar pejalan kaki bengong!!! Aku tahu la ko bawak kereta tapi berhati perut la sikit! Nanti tak pasal-pasal aku kena masuk hospital coz aku jalan depan then atie dan haja belakang aku.Kira 70% aku boleh kena langgar dengan kereta giler tue.Kalau la aku kena langgar mesti bertangguh aku punya final,then aku kena extend sem.NO!!! Aku tak nak mcm tue! Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tue coz selama nie aku law jalan memang pakai redah jer.Sokmo kena sound dengan somebody tue.Hahahaha.
Yes! Petang aku tak ada kelas.Huhuhu.Maybe aku penuhkan dengan wat keje yang bertangguh kot.Hahaha.Yeke? Aku nie cakap jer lebih tapi tak wat pun.See and wait jelah
2.56pg
Aku suka menyelubungi diri aku dengan lagu SELEPAS KAU PERGI by Laluna.Lirik lagu tue cukup mendalam dan kena apa yang terjadi kat aku sekarang.Aku jumpa lagu nie 2hari sebelum aku clash dengan dia.Hurm,macam kebetulan la plak.Atau takdir? Mujur,aku sedari awal penipuan dia yang dia lakukan kat aku.Kebetulan aku buka FB dia,dan dia telah meninggalkan chat box.Aku berasa curiga,lalu aku buka chat box 2 dan semua rahsia terbongkar di situ juga.Perasaan aku time 2 bercampur baur.Sedih,marah,dan kecewa.Baru aku sedar siapa aku padanya..Hanya menutup kekecewaannya yang lepas.Dia masih menyayangi kasih yang lama dan tidak dapat terima yang kasihnya itu bakal berkahwin.Tapi bukan itu saja,pada masa yang sama dia menyimpan perasaan kepada sorang perempuan lain.Habis,siapa aku? Bila aku tanya,dia nafikan tentang perasaan dia tue tapi aku dah cukup masak dengan perangainya yang cuba tutup perkara yang dah sedia terbuka.
Aku tak tahu di mana silap aku sampaikan jadi macam 2.Hurm,manusia memang selalu melakukan kesilapan tapi kalau asyik ulang kesiapan yang sama,adakah itu masih dipanggil kesilapan? Mungkin hadirnya kesilapan 2 berpunca dari aku yang bersikap abnormal.Maksud aku tak bersikap macam perempuan lain.Aku kasar dan bersikap boyish.
11.02pg
Tadi aku tidur pukul 6.15pg.Then atie gerak subuh pukul 6.45pg.Apelah aku nie,ngape la aku tak sembahyang sebelum aku tidur tadi.Hurm,dosa lagi aku.But at least aku tak tinggal subuh.Alhamdulillah.Aku tidur pun tak berapa nak lena and tidur tadi pun setakat nak hilangkan boring yang dah tak tahu nak wat ape.Sepanjang aku tak tidur aku dengar lagu kat earhp supaya atie tak rasa terganggu dengan lagu2 aku.Dia tue kalau tidur kena sunyi,nanti tak pasal2 aku kena sepak kuar dari bilik.Hahaha.Aku meneroka sendiri adobe photoshop sepanjang pagi 2 then aku dapat belajar benda yang baru.Hihihi.Aku bangun balik pukul 10pg lebih-lebih.Seperti yang dijanjikan aku nak wat keje design aku yang bertangguh.So,bye2!!
12.38tengahari
Aku baru balik dari poli coz g ambik sketch.Cis!! Penat taw aku nk g jalan kaki walaupun selama nie g poli jalan kaki tapi penat nak ambik barang yang tertinggal memang penat.Time aku bersemangat nak wat keje time tu jugak la sketch nak hilang.Geramnya! Tak pasal2 aku kena g poli.K,aku nak sambung wat keje walaupun mood agak tak ok.Bye!
9.51malam
Aku baru balik dari makan kat luar di kedai Cahaya Timur.Lapar! Makan nasi goreng dengan air milo.Alhamdulillah,kenyang dah.Kami satu rumah makan kat luar dalam kata lain nak ambik angin malam selepas berperap kat rumah wat keje.Masing-masing sibuk menyiapkan mockup dan sketch dan aku masih sempat menaip kat sini.
Aku nak sambung balik keje aku.Maybe malam nie aku tak tidur kot coz nak tengok cter korea yang Jaa bagi pinjam.Hihihi.Jaa rupanya mempunyai minat yang sama cam aku iaitu suke tengok cter korea.Tak sabar rasanya tapi cter 2 ada 5 cd.Satu cd ada la sejam setengah maybe aku tak dapat abiskan dalam satu malam.Alamak! Keje adobe tak siap lagi.Hurm,nampak gayanya aku kena extend keje design sikit.Siapkan part2 yang senang dulu then wat adobe.Cter korea?Banyak malam lagi aku boleh tengok.K2,bye2!
12.05pg
Yes! Aku da siap adobe.Model aku ialah adik aku sendiri,Eyman.Hahaha,sorry yerk eyman,eina da tak ada idea da so eina nampak pic aok dalam hp then eina edit la.Tapi ok gak aku edit 2.Insyaallah,smart,hahaha.
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 7:34 PG 0 anda hot
Label: gedik fedik


