(DENGGI)
Keadaan rumah sewa aku semakin kritikal.Semua dah kena virus demam dan sakit-sakit badan.Semuanya bermula daripada aku.Selasa lepas aku punya badan lenguh-lenguh.Pergh,,lenguh 2 usah cakap la,memang sakit.Nak bangun pun payah.Pastu kepala aku pening dan badan aku dah mula panas.Aku bgtaw Et yang aku sakit then dy tepon aku soh g klinik tapi bagi aku benda sikit jer and aku leh tahan so aku malas nak g klinik.Dy cakap amybe aku kena denggi kot tapi aku tak caya coz tak da tanda2 denggi kat badan aku.Et siap ugut aku lagi kalau aku tak g klinik siap la aku.Ala,dy kat pahang aku kat jb so dy xley wat ape2.Bila malam jer,demam aku makin teruk.Badan aku makin panas,pale aku makin pening dan berat.Atie pujuk aku g klinik and Et tepon sekali lagi marah-marah aku soh g klinik then lastly aku pun g la.Sampai klinik,doc cakap aku just demam biasa jer.Aku cakap la yang aku nie sakit-sakit belakang then dy cakap aku kurang kalsium.Aku tahu la aku nie kurus tapi cuba la chek betul2.Semua kos ubat rm25,tq klinik rozikin.Sepanjang malam tue aku xley tidur coz sakit2 sendi,badan panas,pale pening.Sahur aku bangun dengan keadaan sakit amat tapi aku gagahkan gak kaki nie turun tangga,serupa macam nenek tua da time 2.Atie,haja and ghah sama2 urut badan aku dan aku kena paksa makan ubat yang selama nie aku degil giler nak telan ubat.Fuhh,sedikit lega bila coolfever dilekatkan kat dahi.Baru aku ley tidur dengan nyenyak sikit.Pagi tue mak aku tepon soh aku tak payah puasa coz aku kena banyak minum air lagipun tekak aku memang sakit and kering so aku ponteng sehari.Bukan setakat ponteng puasa tapi aku pon ponteng kelas 1 hari tue,tak larat woo.
Alhamdulillah,demam aku semakin kebah pale pun dah ok sikit Cuma sakit2 badan jer tak surut lagi.Aku gagahkan diri berjalan kaki g kelas.Pergh,selama nie aku yang berjalan paling laju tapi kali nie aku yang paling lambat serupa macam siput dah.Tak lama tue Atie,haja and ghah plak demam.Nie mesti kes dyorang urut aku aritue mesti virus tue tersebar.Atie la yang paling teruk sekali coz antibodi dy lemah.Malam tue gak 1 rumah pergi klinik penawar kat masai dengan kazen atie.Haja and atie suspek denggi manakala ghah plak demam virus kot.Virus ape? Aku pun tak tahu.Aku tak check coz aku dah kebah.Kesian dyorg kalau aku tak mintak tolong urutkan mesti tak berjangkit.
Aku g kelas sorang2 coz yang lain dah tak larat.PA aku dah tahu sal rumah aku dan dy nak hantar ktorg g hospital sultan ismail sabtu nanti.Sungguh caring beliau.Bdak2 kelas pun dah tahu dan ramai cakap demam denggi.Aku risau coz kat kaki aku dah ada bintik2 merah.Aku cepat2 bgtaw Et sal tue.Malam tue abah aku plak tepon tya aku macam mana,soh minum air banyak2,tidur pasang ubat nyamuk.Banyak la dy pesan.TQ abah.
Pergh! Sakit seyh,bila kena cucuk ambik darah.Nak nangis rasanye tapi bila tengok budak yang sebelum aku cucuk tak nangis aku terus tak jadi nangis.Kena kuat eijot! Sesudah dicheck darah aku normal tapi bila aku tunjuk bintik2 tue terus doc tue cakap aku kena ambik balik darah semula.Wa!!! Kena lagi,tapi bukan aku sorang jer yang kena tapi haja pun kena.Ghah plak disahkan tiada denggi but atie lain pula ceritanya.Dy disahkan kena denggi dan ditahan wad kat situ and hari tue gak.Kesian...
Sempena denggi yang menyerang rumah sewa aku nie,mengajar ktorg bersabar dengan penyakit yang dihadapi.Sakit nie gak membuatkan aku nak balik umah sangat2 coz aku nak mak aku jaga aku bukan orang lain. Terima kasih kepada Mak,Abah,Et,PA,rakan-rakan yang sudi mengambil berat tentang aku dan rakan-rakan.Kepada atie,semoga cepat sembuh coz kerusi ko belum proceed lagi.Kepada yang lain silalah jaga kesihatan! Banyakkan minum air coz air begitu bagus untuk badan.
Review Filem, Drama dan Buku
10 tahun yang lalu
0 anda hot:
Catat Ulasan