Mereka yang kusayangi

Sabtu, 11 September 2010

sedih dalam gembira

Terlebih dahulu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf zahir dan batin.Batin??? Aishh,,len macam jer batin 2.Huhuhu.Semoga raya kali nie memberikan anda seribu kemaknaan dan kenangan kepada semua pembaca2 sekalian.Semoga ukhwah sesama kita semakin erat.

Kenapa aku sedih time raya2 nie? Well,for da first time aku tak balik kampung belah abah aku,Kuala Pilah.Tiap kali raya mesti balik punyer even cuti raya pendek tapi kali nie tak coz ada masalah kat kg.Bukan bergaduh tapi jalan nak masuk rumah wan aku tue dah kena blok/dihalang oleh sebatang besi yang terpacak tegak kat tengah jalan tue.Pergh,wa cukup panas hati dengan tindakan bodoh orang tue.Wa bukan apa,apa salah wan wa sampai orang tue nak wat macam tue.Wan wa ada wat lu panas hati ke? Wa rasa tak da kan so ngape lu nak wat macam tue.Lu wat macam tue macam lu tue penduduk jati kg tue.Ey,come lah...Family wa dah cakap baik sama lu tapi apa lagi yg lu tak puas hati haa..Lu tak kesiankan wan wa ke..Pasal tanah pun tak kan lu nak aniaya orang tua...Adoyai,,sengal tol la lu nie..Semoga raya nie lu rasa aman dalam tak aman,..Alamak,apesal aku guna bahasa ''wa lu'' nie..Hurm,marah sangat kot.Oleh sebab tue aku tak dapat balik sana and Tokwan aku pergi membawa hati yang lara ke Ipoh,Perak..

Tokwan,walaupun tak nampak dimata tapi cucu nie mengucapkan SELAMAT HARI RAYA!!Semoga wan sentiasa sihat sokmo!! Jaga kesihatan yerk...

Okokok.Tutup kisah tue.Kita kisah lain k,tak mau sedih2 dah.Hahaha.Raya nie aku sedikit excited coz aku ada 2 pasang baju raya.Haha,finally aku ada baju raya melebihi sepasang yang selama nie aku ada sepasang jer coz fulus kali nie banyak sikit.Terima kasih kepada PTPTN,Aik and Abah coz sponsor fulus.Pagi2 raya sudah bising dengan Aqif yang dah berpakaian melayu yang berwarna coklat,sedondon 1 family k.Comel2!!! Aku plak terbangun lewat coz malam tue aku tidur lewat.On the phone with my friend.My BFF!

Sorry la,coz aku tak masukkan gambar raya coz malas lagipun kat FB aku dah ada so sesiapa rasa nak tengok pergilah FB aku.haha.Promote plak.

Erm,aku rasa tak apa dah nak membebel kat sini so sampai disini saja lah.SALAM..

Selasa, 7 September 2010

TENTANG WANITA

1.Sseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata,bermakna dia menangis di dalam hatinya
2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf
3.Wanita sukar cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang
4.Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain
5.Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat
6.Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian
7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu, tolak cintanya dengan lembut jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja
8.Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan
9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan cara termudah mereka meluahkan isi hati
10.Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka langsung tak berguna
11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita
12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,Dia akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakannya akan tahu berita tersebut.
13.Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14.Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu
16.Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya
17.Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri
18.Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal
19.Jika masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,rajinkan tangan menyelak buku cinta
20.Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri
21.Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya
22.Satu ucapan 'Hi' sudah cukup menceriakan harinya
23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui
24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik
25.Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi
26.Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati
27.Senjata wanita adalah airmata
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya.Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.
29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya

Sabtu, 4 September 2010

blogger tegar?

well,walaupun dah setahun blog aku nie tapi follower aku just 10 orang jer kan.kan.kan.Sebenarnya wujud blog nie bukan nak suruh sape2 ikut aku and just nak share or luahkan ape yang aku rasa.Lagipun aku bukan active kat blog nie,bila ada masa aku layan then masukkan entry terkini lagipun aku tak ada BB so amat jarang sekali aku update blog nie.

Aku bukan macam blogger yang lain contohnya kawan aku sendiri farahhamdan.bolgspot yang rajin betul update blog dy.Bukan tue ajer,mr.syah turut sangat aktif dalam dunia blog nie.Dyorang rajin update and follower pun dah ramai.Sekali lagi aku nak tekankan kat sini yang aku BUKAN NAK FAMOUS macam blogger2 yang lain.Aku just nak taip ape yang aku suka.

Bila tengok blog2 orang mesti meriah dengan gambar la video la iklan la hadiah la anugerah la tapi aku just tulisan penaipan jer.Aku susah tol nak upload gambar coz TENET LEMBAB even kat cc so biarla blog aku penuh dengan penaipan.Sape2 nak tahu siapa aku leh add kat FB k coz kat situ aku aktif.

Jenis aku tak suka nak tulis yang berbentuk peribadi or ape2 entry yang boleh orang naik menyampah nak baca.Aku ada perasan banyak blog yang macam tue then kadang-kadang aku rasa cukup annoying dengan apa yang blog tue tulis.Sorry 2 say la coz ada 1 blog nie aku rajin follow entry dy tapi bila lama2 aku rasa naik menyampah coz enrty2 dy menunjukkan dy nie cukup famous kat majalah and tenet especially blogger la kan.Gambar2 yang dy letak memang cantik tapi semuanya EDIT! Kenapa takut sangat nak letak gambar yang betul2 asli? Jadilah blogger yang jujur la wey,,Sorry sekali lagi law ada yang terasa...

Aku bukan blogger tegar macam orang lain.

MOOD RAYA! YAY..

Wahh..dah tal lama lagi nak raya.Seperti tahun2 sebelum nie mesti perasaan teruja tue mula membengkak dalam hati tapi raya tahun nie aku dapat rasa kemeriahan tue cuma tak semeriah macam dulu coz aku ada big projek yang belum nie setelkan lagi.Namun bila sampai rumah memang terasa mood nak raya tue since kat JB dah sampaikan aku tak sentuh langsung sketch design aku coz mood tue.Hahahaha,sory pn.Noro.Tapi saya janji yang saya akan siapkan keje pn 2 'NANTI'.

Bila sebut sal skecth actually aku tak bawak balik sketch kat rumah coz aku tak jumpa dari semalam.Sumpah,aku memang niat nak bawak balik cuma aku tak jmpa and aku lupa kat mana aku letak.Semalam aku g KFC ngn Ghah,maybe aku tertinggal kat sana tapi aku dah g tanya staff then dyorg cakap xda jumpa pun.Alamak!!!! Dimana skecth aku??!! Aku dah mula tak keruan coz sketch tue big projek yang menentukan aku dapat g LI ke tak sem depan.Doyai !!!!! Dari thumbnail sampai detailing sketch dalam sampul putih jernih tue.Aku dah puas mencari 1 rumah sewa tapi tak jumpa.Mampos aku nak sketch balik semua tue siap ngn render lagi...So odw balik pahang berkerut-kerut dahi cuba ingat balik tapi aku memang lupa.Hope tak hilang...Tapi kalau tak hilang mana aku letak.Aku dah berusaha tok cari still tak jumpa...Wahai sketchku,kau umpama nyawa aku dah sekarang so PLEASE COME BACK TO ME!!!! Bukan tue jer,cermin mata aku pun dah tak jumpa.Aku rasa aku tak bawak kuar dari beg g kelas tapi puas aku cri but i can't find it! Doyai.....ngape lah time2 genting cam nie benda yang umpama nyawa aku menghilangkan diri.YA ALLAH,ketemuilah aku dengan sketch dan cermin mataku...Amin

Uderi call aku semalam then tya yang aku nie ada jam ke x so aku cakaplah tak da then dy cakap nak bagi aku jam.Horayy!!!! Yes,dapat jam! Balik rumah,Aik plak bg duit raya.Yes,dapat duit raya!!! Malam plak abah bagi duit raya.Yes2!!!! Ada can nak beli 2pasang baju raya tahun nie.Hahahaha.SUDAH tak sabar even dalam kepala tak habis2 pikir sal sketch yang merajukkan dirinya...

Raya nie aku tak wat kuih raya sama cam raya tahun lepas coz MALAS.Hehehe,even aku nie boyish tapi tahu gak wat kuih2 raya nie.Ala yang simple2 jer.Raya nie gak rumah aku tak pasang pelita.Mercun? Entah la,coz abang2 aku cam tak excited dah nak main cam tahun lepas.Dah besar kot tue malas nak main kot.Hahaha,tak pun xda supplier mercun.

Raya kali nie meriah coz ada MY BENTAYAN a.k.a MOHD AQIF RAYYAN,anak sedara aku yang dah setahun dah.Dah berjalan dah budak tue.Hish,,of kos makin comel budak tue..Meriah2...Mesti bising pagi2 raya nanti ngn perangai nakal dy.Wa,,tiba-tiba mood raya semakin meninggi.HAHAHAHAHA....

Malam nie aku nak g shopping ngn akak,mak,abang2 aku.Yes!!! Coz aku jer yang xbeli baju raya yang lain dah beli so macam mana dengan korang? Hope dah beli..

So,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA PEMBACA2 BLOG AKU even aku bukan bogger yang tegar cam orang lain......Ampun maaf dipinta...

DENGGI

(DENGGI)
Keadaan rumah sewa aku semakin kritikal.Semua dah kena virus demam dan sakit-sakit badan.Semuanya bermula daripada aku.Selasa lepas aku punya badan lenguh-lenguh.Pergh,,lenguh 2 usah cakap la,memang sakit.Nak bangun pun payah.Pastu kepala aku pening dan badan aku dah mula panas.Aku bgtaw Et yang aku sakit then dy tepon aku soh g klinik tapi bagi aku benda sikit jer and aku leh tahan so aku malas nak g klinik.Dy cakap amybe aku kena denggi kot tapi aku tak caya coz tak da tanda2 denggi kat badan aku.Et siap ugut aku lagi kalau aku tak g klinik siap la aku.Ala,dy kat pahang aku kat jb so dy xley wat ape2.Bila malam jer,demam aku makin teruk.Badan aku makin panas,pale aku makin pening dan berat.Atie pujuk aku g klinik and Et tepon sekali lagi marah-marah aku soh g klinik then lastly aku pun g la.Sampai klinik,doc cakap aku just demam biasa jer.Aku cakap la yang aku nie sakit-sakit belakang then dy cakap aku kurang kalsium.Aku tahu la aku nie kurus tapi cuba la chek betul2.Semua kos ubat rm25,tq klinik rozikin.Sepanjang malam tue aku xley tidur coz sakit2 sendi,badan panas,pale pening.Sahur aku bangun dengan keadaan sakit amat tapi aku gagahkan gak kaki nie turun tangga,serupa macam nenek tua da time 2.Atie,haja and ghah sama2 urut badan aku dan aku kena paksa makan ubat yang selama nie aku degil giler nak telan ubat.Fuhh,sedikit lega bila coolfever dilekatkan kat dahi.Baru aku ley tidur dengan nyenyak sikit.Pagi tue mak aku tepon soh aku tak payah puasa coz aku kena banyak minum air lagipun tekak aku memang sakit and kering so aku ponteng sehari.Bukan setakat ponteng puasa tapi aku pon ponteng kelas 1 hari tue,tak larat woo.
Alhamdulillah,demam aku semakin kebah pale pun dah ok sikit Cuma sakit2 badan jer tak surut lagi.Aku gagahkan diri berjalan kaki g kelas.Pergh,selama nie aku yang berjalan paling laju tapi kali nie aku yang paling lambat serupa macam siput dah.Tak lama tue Atie,haja and ghah plak demam.Nie mesti kes dyorang urut aku aritue mesti virus tue tersebar.Atie la yang paling teruk sekali coz antibodi dy lemah.Malam tue gak 1 rumah pergi klinik penawar kat masai dengan kazen atie.Haja and atie suspek denggi manakala ghah plak demam virus kot.Virus ape? Aku pun tak tahu.Aku tak check coz aku dah kebah.Kesian dyorg kalau aku tak mintak tolong urutkan mesti tak berjangkit.
Aku g kelas sorang2 coz yang lain dah tak larat.PA aku dah tahu sal rumah aku dan dy nak hantar ktorg g hospital sultan ismail sabtu nanti.Sungguh caring beliau.Bdak2 kelas pun dah tahu dan ramai cakap demam denggi.Aku risau coz kat kaki aku dah ada bintik2 merah.Aku cepat2 bgtaw Et sal tue.Malam tue abah aku plak tepon tya aku macam mana,soh minum air banyak2,tidur pasang ubat nyamuk.Banyak la dy pesan.TQ abah.
Pergh! Sakit seyh,bila kena cucuk ambik darah.Nak nangis rasanye tapi bila tengok budak yang sebelum aku cucuk tak nangis aku terus tak jadi nangis.Kena kuat eijot! Sesudah dicheck darah aku normal tapi bila aku tunjuk bintik2 tue terus doc tue cakap aku kena ambik balik darah semula.Wa!!! Kena lagi,tapi bukan aku sorang jer yang kena tapi haja pun kena.Ghah plak disahkan tiada denggi but atie lain pula ceritanya.Dy disahkan kena denggi dan ditahan wad kat situ and hari tue gak.Kesian...
Sempena denggi yang menyerang rumah sewa aku nie,mengajar ktorg bersabar dengan penyakit yang dihadapi.Sakit nie gak membuatkan aku nak balik umah sangat2 coz aku nak mak aku jaga aku bukan orang lain. Terima kasih kepada Mak,Abah,Et,PA,rakan-rakan yang sudi mengambil berat tentang aku dan rakan-rakan.Kepada atie,semoga cepat sembuh coz kerusi ko belum proceed lagi.Kepada yang lain silalah jaga kesihatan! Banyakkan minum air coz air begitu bagus untuk badan.