As salam semua.Korang pernah guna service Mcd delivery tak? Ala,yang hantar pesanan ke rumah,pejabat @ dimana sahaja.Macam mana service yang korang dapat? Best tak? Memuaskan hati tak?
Well,aku pernah sekali guna services nie dan sekali itu bermakna FIRST TIME guna la.Malam tue aku lapar giler and tengok dapur tak ape nak melantak.Nak makan luar malas nak tukar baju and sarung tudung.Kalau aku rajin buat semua tue mesti tak ada orang nak temankan aku makan.Tibe-tibe aku terpikirkan sal Mcd delivery nie coz K.Sabrina pernah guna services nie masa kat ofis.Aku pun call la dy coz aku tak tahu no delivery tue.K.Sabrina cakap dy tak ada save no tue and dy just tengok internet jer so aku pun mintak la member ku yang tengah online cari no services tue.Bila dah dapat aku call la.Fuhh,berdebar taw nak call.....
Aku ingatkan operator laki angkat aku punya call tapi rupanya operator mesin.Yelah,biasa aku call Celcom operator manusia yang bercakap.Haha.Aku ikut segala arahan ape yang mesin tue suruh.Then mesin tue akan sambungkan talian aku ke operator manusia lagi bernyawa.Berdebar nie nak cakap dan ini antara dialog aku dengan operator tue,
Aku:Saya nak buat pesanan nie (suara yang berbaur gelojoh+lapar)
Operator: Ya,saya tahu.Cik baru pertama kali buat pesanan ke?
Time nie aku terasa dia seolah-olah memerli aku.Dia tahu-tahu jer aku first time wat banda tue.Takpe,cool kalau tak Mcd tak sampai kat rumah
Operator:Boleh saya tahu nama cik,alamat rumah dan IC?
Aku:Nur Amalina Hanan.No IC 91****-06-****.Alamat rumah plak,Bla bla bla bla bla,Kuantan.
Operator:Tunggu sekejap cik
Sementara tue aku dan member nak pilih menu nk diorder.Terliur tengok menu kat web Mcd 2.Pastu dengar operator tue bercakap,tibe-tibe talian putus.La,kredit habis....Aku pinjam hp member aku coz memasing dah lapar sangat nie.So aku call la balik.Aku ingat operator yang sama coz suara pompan so aku pakai terjah jelah then terpaksa la aku repeat balik step.Bila dah bagi semua yang dia minta dia pon cakap
Operator:Maaf cik,Mcd delivery yang terdekat sampai pukul 9.30 malam jer.Maaf
Aku:Laa,yeke.Saya lapar nie cik.Tak ley overtime ke?
Operator:Maaf cik.
Betapa hampanye aku time tue.Beria tol aku tengok menu kat web dy tadi.Aku tengok jam.Ciss,time aku call tue baru pukul 9.36 malam.Dah la panggilan tue dicaj.Pastu soal macam-macam konon dapat la makan last-last time delivery da habis.Haii,kasi aku harapan palsu tol la.Dah tahu servis dah tutp tak payah la nak bagi harapan.Sedih nyee.Sob sob sob.Last-last aku goreng telur mata kerbau dengan nasi putih campur kicap.Sedihhhh...Apa punya servis daaa
Review Filem, Drama dan Buku
10 tahun yang lalu
0 anda hot:
Catat Ulasan