Aku akui yang aku masih merindui dirinya yang mungkin sudah melupakan aku.Tidak salah untuk aku merinduinya.Tapi bila memikirkan adakah aku masih menyayanginya itu aku tidak pasti.Tapi yang aku masih ingat semua janji-janjinya terhadap aku dulu.Ya,memang kisah itu sudah berlalu tapi aku masih ingat semua janji-janjinya dan masih lagi dalam simpanan aku.Untuk apa? Untuk aku supaya sedar bahawa CINTA ini penuh dengan penipuan.
Dia kini salah faham apa yang aku cuba sampaikan beberapa minggu lepas.Aku hanya menegur supaya dia menukar environment di YM kerana tidak sesuai bagi kami.Tapi dia pula memikirkan yang sudah membenci dirinya.Dia selalu begitu.Selalu salah faham.Perangai dia masih tidak berubah walaupun dulu berkali-kali berjanji untuk berubah namun semuanya hanya penipuan.Dia memikirkan yang aku sudah tidak mahu lagi berkawan dengannya.Dia sudah memadamkan aku dalam senarai kawan di FB.Apa lagi yang aku mampu buat,hanya mampu mengeluh walaupn dalm hati menjerit kegeraman dengan sikapnya yang begitu.Gambar-gambarnya masih lagi dalam simpanan aku.Sengaja untuk aku menyimpannya sekadar untuk.........................Untuk apa ek? Mungkin untuk kenangan.Mungkin.
Kini hidup aku penuh dengan senyuman dan ketawa walaupun sekali sekala hati dipaut rasa geram dan marah yang masih berbaki.Tapi aku malas untuk memikirkan tentang itu.Terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak henti-henti membuat aku pecah perut dengan lawak,gurauan,perlian korang.Perpisahan aku dan dia mungkin memberikan satu kebahagian yang tidak sempat aku merasainya dulu.I LOVE YOU ALL!
Masa aku banyak bersama rakan-rakan dan final project yang semakin hampir dateline nya.Kesibukkan ini memang membuatkan aku lupa tentang dia.Tips ini memang berguna bagi sesiapa yang baru putus cinta seperti aku.Perpisahan ini juga memberikan aku satu bonus iaitu bebas bergerak tanpa kawalan sesiapa.Terima kasih awak! Awak pun bebas bergerak tanpa kawalan saya juga.
Review Filem, Drama dan Buku
10 tahun yang lalu
0 anda hot:
Catat Ulasan