Mereka yang kusayangi

Sabtu, 21 Ogos 2010

(LATIHAN INDUSTRI)

Alhamdulillah,aku dah dapat tempat LI.Aku LI kat Talent Interior Design,lorong seri kuantan,Ktn.Mujur Et search kat internet then dy tepon orang tue.Mula2 aku apply kat tempat lain tapi company 2 main tarik tali plak.Ape yang dy mintak semua aku dah bagi tapi still tak bagi jawapan.Law tak dapat bagitahu jelah,tak payah lah wat aku tertunggu cam tunggul.Ngat aku nie ape,aku serius nak LI kat situ tapi dy layan aku cam nie plak.Last2 aku tepon company 2 then cakap batalkan jelh apply aku then aku apply tempat lain.So,aku apply la kat tempat Et tepon tue.Tak sangka aku yang company aku menunggu aku punye resume!! Wah2,agak teruja dan bersyukur la.Hari tue jugak aku mailkan aku punyer resume.2hari lepas tue aku tepon balik coz nak tahu bila company 2 boleh bagi jawapan,then ada sorang laki bercakap dengan aku yang aku nak LI bila.Aku cakap la yang aku LI start 28/11/10.Pastu dy cakap yang aku nie ada belajar ID,then aku cakap la yang pensyarah yang syorkan LI kat interior design.Bila aku cakap cam 2 terus dy cakap ‘’Oklah,boleh la,’’. Terkedu then aku tanya sekali lagi yang aku nie dapat LI kat situ ke.Dy cakap ‘’Yelah,’’.Pergh!! Betapa tersenyum lbar aku time 2.Tak sangka mudah jer company tue bagi jawapan.Tak macam company yang sebelum nie.Niat aku just nak tanya bila boleh tahu jawapannye tapi lain yang jadi.Bersyukur gila..Walaupun aku tak belajar tentang ID tapi basic tue ada la sikit2 lagipun aku nak belajar bukan kerja kan.Aku terus tepon Et yabg aku dah dapat LI kat company 2.Nasib baik dy dah tepon awal2 company tue law tak aku pun dah pening pale pikir nak LI kat ne la...Tunggu dy hantar surat jawapan jer kat poli guna faks.Tapi yang jadi masalah sekarang macam mana aku nak g LI tue coz tempat tue jauh dari rumah aku.Maybe aku naik motor kot g LI.Hope Allah permudahkan urusan aku semasa LI kat sana nanti.Amin....

(MASA SEMAKIN SEMPIT)

Tangan nie dah jarang sentuh laptop.Banyak faktor sebab ape aku dah jarang menaip contohnya design aku yang semakin jatuh cinta kat aku sehingga aku sukar untuk menyentuh laptop nie.Haish,final makin dekat and masa semakin meruncing then aku masih begini.Dalam hati pernh berkata ‘aku kena keraskan hatindan rajinkan diri’ tapi kata hanya tinggal kata2.Aku sedar masa semakin pendek tapi kenapa aku masih suka melengah-lengahkan kerja.Online? Tak pun,aku tak ada bb and rumah aku tak ada wifi lagipun law aku g cc pon time free jer.Bila cakap time free aku jarang ada time free sejak dua menjak nie.Sampaikan ada somebody cakap aku nie nak jauhkan diri daripada dia sedangkan aku banyak kerja.Kelas pun still habis lambat even bulan puasa pon.Nak wat cam ne kan,nama pun student lagipun law balik awal2 pun nanti tak wat kerja.

Sejak bulan puasa nie aku still lagi puasa penuh.Haja dan Ghah dah pun ponteng puasa.Hahaha.Aku tak tahu la.Due aku tak menentu coz hormon aku tak stabil.Haha.Yelah,badan aku BMI tak pernah nak normal,asyik underweight jer.Bibir aku pun da kering even dah berbuka.Nasib baik tak pecah tapi berkeping,2 wat aku suka nak kuping then bibir mul rasa pedih bila kena air.Jenis aku susah nak pakai lipbalm.Ada memang ada tapi malas nak pakai.Aku beli lipbalm 2 dari sem1 tapi tak pernah nak habis.Aku pernah target yang aku nak habiskan sampai hujung sem nie tapi sekarang tak tahu la coz aku bukan jenis yang ber’make up’ nie.Just pakai pencuci muka jer yang berjenama Safi.Bagus Safi 2 bagi aku la coz aku pakai since sekolah menengah lagi then muka aku still ok even ada jerawat. Haha.Bajet jer aku nie,konon kau lawa sangat la...

Ramadhan dan hati

15/08/10 11.09mlm

Sudah masuk hari ke-5 Ramadhan so mungkin tidak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Ramadhan Mubarak.Aku hope puasa nie memberi aku seribu makna dan kesedaran kepada aku yang hidup ini penuh dengan kebahagian dan dugaan.Kali nie aku menyambut puasa di rumah sewa dan berbuka dengan masak sendiri.Sahur pun cam tue gak.Bangun 4.30pg masak o panaskan lauk masa berbuka tadi then makan.Walaupun tak selazat lauk time kat rumah tapi mampu mengenyangkan perut kami ber4.Alhamdulillah......

Keje design semakin menghampiri dateline tapi aku masih begini.Kenapa!!!! Mungkin tak ada mood nak wat bersungguh o tak ada meja.Meja? Law nak wat design aku kena ada meja law tak aku tak selesa dansakit belakang sebab 2 bila masuk kelas jer aku baru leh wat keje.Ingat nak esok nak stay kat kelas sampai kul 5.30 kot.Hahaha.Sekali lagi aku cakap lebih,entah wat entah tak wat.

Sudah terbuka @ tertutup lagi? Atau kunci sudah berada di tombol pintu Cuma menanti seseorang untuk membukanya??? Dia kembali lagi dan tak habis-habis nak menyalahkan diri atas kesalahan yang lalu.Terima kasih kerana masih mengambil berat kat saya lagi walaupun situasi sudah berlainan.Dia pun sudah tahu sal ‘somebody’ 2 walaupun namanya masih lagi tidak dipamerkan kat sini.Mungkin rakan-rakan aku sudah tahu siapa gerangan somebody tue.Dan sejak bila somebody 2 mula muncul,aku masih lagi tak bercerita dengan secara detail.Belum sampai masanya kot..

Close your eyes then i’ll lost in your mind...............

Sabtu, 14 Ogos 2010

close your eyes

close your eyes

then
say in your heart
that your be more better than me
close your eyes
then
say in your heart
that i be more better than you
close your eyes
then
say my name
close your eyes
then
say in your heart
say your name
close your eyes
then open your eyes
then
i will lost in your heart and your heart


Ahad, 8 Ogos 2010

bila kenangan menghantui diri

08/08/10 5.13pg

Aku baru habis tengok cter korea tue.Yes! Dapat gak aku habiskan 3cd dalam satu malam.Pagi tadi aku ada extra class dengan pn.noro.Datang lambat,maaf pn.Terlebih tidur.Huhuhu.Then aku,ati,haja,ghah n farah survey hardware tok wat model nanti so kami dah jumpa satu kedai yang bakal mengaut keuntungan daripada kami.Hahaha.

Hurm,good news! Aku dan somebody dah berbaik semula.Malam tadi kami jumpa kat tempat yang biasa kami lepak.Well,kali nie salah aku then aku dah say sorry kat dia.Hahaha.Lawak pun ada gak.Konon masalah besar sangat la padahal boleh settle dalam masa tak sampai sehari jer.Bongok tol kami nie.Dia cakap kat aku yang sanggup junjung AL-Quran yang dia sayang kan aku.Then dia cakap yang aku nie dah jadi sebahagian dalam hidup dia.Ghah semalam pun cakap yang dia sayang sangat aku.Tiap kali jumpa then kalau dia cakap yang dia sayang aku,aku terdiam dan lidah aku kelu coz aku memang tak boleh cakap apa-apa.Dia seorang yang jujur dengan perasaannya dan tak takut tok meluahkan isi hati.Dia cakap kalau tiada jodoh antara kami dia pesan pilih lah lelaki yang jujur dalam perasaanya sendiri dan menjadi diri sendiri.Sumpah,time tuh aku just senyap dan hanya dia bercakap.Dan wat 1 time aku meluahkan perasaan aku kat dia face to face.’Aku cuba nak terima kau tapi kenangan lalu mengikat diri aku.Hidup aku terikat dengan kenangan silam’,tue lah ayat aku time tue.Then dia senyap dan faham apa yang aku cuba sampaikan.

Kenangan? Terima kasih kepadanya kerana berjaya mengikat aku dengan kenangan yang dicipta olehnya lalu meninggalkan aku keseorangan.

rasa nk bg WTF jer

06/08/10 7.07ptg

Aku baru lepas amndi.Tadi aku dan budak-budak rumah pergi beli barang dapur kat Masai,pinjam kereta orang sebelah.G poli pun naik kereta,excited.Selama nie jalan kaki then hari nie naik kereta.Pakgad yang selalu menyapa kami bila masuk pintu pagar poli pun terkejut tengok kami masuk poli dengan kereta.Hahaha.Budak kelas pun pelik dari mana kami dapat kereta tue.Terima kasih abang sebelah! Lain kali bg pinjam kereta.Ati driver kereta.Haha,dia boleh drive dengan ok tapi time nak belok kena wat latihan banyak-banyak.Hahaha.Well,seronok la!!

Selasa minggu depan dah start puasa.Ramai budak kelas balik tapi aku tak balik coz ada kelas hari isnin.Diaorang ponteng kelas hari isnin.Aku memang nak balik tapi tanggungjawab sebagai pelajar harus diutamakan.Cis,poyo giler ayat aku nie.Kelmarin aku ada tengok video aqif barjalan.Comelnya!!!! Sumpah,aku rasa nak menjerit dalam CC time tue.Seronok sangat tengok my bentayan dah berjalan.Dia jugalah yang membuatkan aku nak balik sangat-sangat.Aqif,makdek kangen sangat deh sama kamu...Hurm,bila la aku dapat balik lagi ek?

Semalam aku tidur pukul 4 pagi.Aku tengok cter korea tue.Pergh,meleleh air mata aku.Siot tol la,hilang macho aku.Malam nie nak sambung lagi la.

Pergh,aku memang bengang giler seyh dengan somebody.Ayat ‘P LANTAK KO LA’ yang dia bagi membuatkan aku rasa nak balas ‘WTF’ jer kat dia.Nasib baik aku masih bersabar dengan sikap dia tue.Dia pernah cakap kat Ghah yang aku nie jual mahal.Ok,biar aku jelaskan kenapa aku bersikap macam tue.1,kisah dulu aku jadikan pengajaran.Kata-kata lelaki nie macam bom nuklear yang kena kat Hiroshima dulu.Kesannya masih kita nampak sampai sekarang so macam tue gak dengan hati aku.Aku akui yang sekarang nie aku cukup berhti-hati dengan sesiapa yang cuba nak rampas hati aku.Apa,ingat aku nie mudah cair dengan kata-kata manis korang tue.Mungkin sikap aku yang boyish nie macam nampak orang yang bodoh dalam bab-bab nie tapi bukan aku.Ghah pernah cakap sesiapa yang dapat aku,orang tue memang hebat coz hati aku nie keras.Setakat janji manis korang,aku syorkan korang tak payah la nak berjanji dengan aku coz aku jens pegang pada janji then bila orang tue lupa akan janji dia aku akan ingat sampai aku tak lupa.Penampilan je macam nie tapi dalaman aku macam permpuan lain juga yang ada perasaan.Ah,wat apa aku nak bengangkan dan terus berbengang dengan orang macam tue.Menambahkan sakit hati jer.Aku rasa lepas nie biar la orang nak cakap aku nie perasan cantik ke comel ke lawa ke,i don’t care bout it coz I’M MACHO k.Dah,stop sal somebody.

Esok aku ada extra class dengan pn.noro.Kelas design,macam biasa la.Tapi haja cakap sok jugak kami nak g survey kedai hardware yang ada komponen yang diperlukan oleh kami tok wat model nanti.

K,aku nak sambung tengok cter korea dalam masa yang sama nak hilangkan perasaan bengang aku nie.Chow!

kekeluhan

05/08/10 1.01pg

Hurm.Aku bermula penaipan pagi nie dengan satu keluhan.Terdapat beberapa perkara yang menyesakkan kepala aku.Assgment yang semakin meruncing iaitu kelas Design.Aku kena @ memaksakan diri aku nie tok jadi lebih rajin yang selama nie aku pemalas.Eish,apa nie eijot.Kau kena rajin la makdek! Ok,aku akan ‘cuba’ jadi rajin.Ahaks...

Mood aku pun selalu muram.Hurm,aku mengeluh sekali lagi.Maybe tengok movie jepun,2 aku jadi cam nie.Eh,nak salahkan movie plak...K,fine.Aku cakap jujur la yang aku gaduh dengan somebody.Aku bukan sengaja nak mencetuskan pergaduhan tue tapi kadang-kadang sikap dia yang nak cepat terasa membuatkan aku rimas.Dia ingat aku nie ape,nak treat aku nie mcm aku nie GF dia..

Tengahari tadi time nak g kelas aku,atie dan haja nyaris kena langgar dengan Myvi putih giler.Kereta tue belok bapak giler maut.Terkaku aku time tue tapi nasib baik kereta tue cepat elak.Pergh,sakit hati aku.Bukan apa,aku dapat cam mimik muka driver time tue.Driver 2 laki n sebelah dia perempuan.Mereka tue kapel coz perempuan 2 tinggal depan rumah sewa aku.Maybe time tue mereka bergaduh sampaikan driver tue pandu kereta ikutkan perasaan kot.Cis! Tapi jangan sampai nak langgar pejalan kaki bengong!!! Aku tahu la ko bawak kereta tapi berhati perut la sikit! Nanti tak pasal-pasal aku kena masuk hospital coz aku jalan depan then atie dan haja belakang aku.Kira 70% aku boleh kena langgar dengan kereta giler tue.Kalau la aku kena langgar mesti bertangguh aku punya final,then aku kena extend sem.NO!!! Aku tak nak mcm tue! Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tue coz selama nie aku law jalan memang pakai redah jer.Sokmo kena sound dengan somebody tue.Hahahaha.
Yes! Petang aku tak ada kelas.Huhuhu.Maybe aku penuhkan dengan wat keje yang bertangguh kot.Hahaha.Yeke? Aku nie cakap jer lebih tapi tak wat pun.See and wait jelah

2.56pg


Aku suka menyelubungi diri aku dengan lagu SELEPAS KAU PERGI by Laluna.Lirik lagu tue cukup mendalam dan kena apa yang terjadi kat aku sekarang.Aku jumpa lagu nie 2hari sebelum aku clash dengan dia.Hurm,macam kebetulan la plak.Atau takdir? Mujur,aku sedari awal penipuan dia yang dia lakukan kat aku.Kebetulan aku buka FB dia,dan dia telah meninggalkan chat box.Aku berasa curiga,lalu aku buka chat box 2 dan semua rahsia terbongkar di situ juga.Perasaan aku time 2 bercampur baur.Sedih,marah,dan kecewa.Baru aku sedar siapa aku padanya..Hanya menutup kekecewaannya yang lepas.Dia masih menyayangi kasih yang lama dan tidak dapat terima yang kasihnya itu bakal berkahwin.Tapi bukan itu saja,pada masa yang sama dia menyimpan perasaan kepada sorang perempuan lain.Habis,siapa aku? Bila aku tanya,dia nafikan tentang perasaan dia tue tapi aku dah cukup masak dengan perangainya yang cuba tutup perkara yang dah sedia terbuka.

Aku tak tahu di mana silap aku sampaikan jadi macam 2.Hurm,manusia memang selalu melakukan kesilapan tapi kalau asyik ulang kesiapan yang sama,adakah itu masih dipanggil kesilapan? Mungkin hadirnya kesilapan 2 berpunca dari aku yang bersikap abnormal.Maksud aku tak bersikap macam perempuan lain.Aku kasar dan bersikap boyish.

11.02pg

Tadi aku tidur pukul 6.15pg.Then atie gerak subuh pukul 6.45pg.Apelah aku nie,ngape la aku tak sembahyang sebelum aku tidur tadi.Hurm,dosa lagi aku.But at least aku tak tinggal subuh.Alhamdulillah.Aku tidur pun tak berapa nak lena and tidur tadi pun setakat nak hilangkan boring yang dah tak tahu nak wat ape.Sepanjang aku tak tidur aku dengar lagu kat earhp supaya atie tak rasa terganggu dengan lagu2 aku.Dia tue kalau tidur kena sunyi,nanti tak pasal2 aku kena sepak kuar dari bilik.Hahaha.Aku meneroka sendiri adobe photoshop sepanjang pagi 2 then aku dapat belajar benda yang baru.Hihihi.Aku bangun balik pukul 10pg lebih-lebih.Seperti yang dijanjikan aku nak wat keje design aku yang bertangguh.So,bye2!!

12.38tengahari

Aku baru balik dari poli coz g ambik sketch.Cis!! Penat taw aku nk g jalan kaki walaupun selama nie g poli jalan kaki tapi penat nak ambik barang yang tertinggal memang penat.Time aku bersemangat nak wat keje time tu jugak la sketch nak hilang.Geramnya! Tak pasal2 aku kena g poli.K,aku nak sambung wat keje walaupun mood agak tak ok.Bye!

9.51malam

Aku baru balik dari makan kat luar di kedai Cahaya Timur.Lapar! Makan nasi goreng dengan air milo.Alhamdulillah,kenyang dah.Kami satu rumah makan kat luar dalam kata lain nak ambik angin malam selepas berperap kat rumah wat keje.Masing-masing sibuk menyiapkan mockup dan sketch dan aku masih sempat menaip kat sini.

Aku nak sambung balik keje aku.Maybe malam nie aku tak tidur kot coz nak tengok cter korea yang Jaa bagi pinjam.Hihihi.Jaa rupanya mempunyai minat yang sama cam aku iaitu suke tengok cter korea.Tak sabar rasanya tapi cter 2 ada 5 cd.Satu cd ada la sejam setengah maybe aku tak dapat abiskan dalam satu malam.Alamak! Keje adobe tak siap lagi.Hurm,nampak gayanya aku kena extend keje design sikit.Siapkan part2 yang senang dulu then wat adobe.Cter korea?Banyak malam lagi aku boleh tengok.K2,bye2!

12.05pg

Yes! Aku da siap adobe.Model aku ialah adik aku sendiri,Eyman.Hahaha,sorry yerk eyman,eina da tak ada idea da so eina nampak pic aok dalam hp then eina edit la.Tapi ok gak aku edit 2.Insyaallah,smart,hahaha.

kelas dan lipas

31/07/10 4.58ptg

Hari nie aku ada extra class design dengan PA aku,Pn Noro.Tapi feeling aku kat class empty.Aku pun tak tahu ngape.Aku senaraikan kerja2 yang perlu dibereskan dalam minggu nie,hurm agak banyak la gak kan.Ala,adat la 2 student cam aku nie ada kerja banyak.Bukan apa,aku nie suka tangguh kerja 2 kadang2 aku tak tidur malam.Hahaha,bahana cari sendiri.Atie plak MC coz tangan dia bengkak kena gigit tikus.Haha.2 aku tipu la.Maybe kena gigit dek lipan o serangga berbisa kot.Semoga dia cepat sembuh.

virus dan kamu

Hari ini aku ada dapat assgment tok edit gambar.Gambar ialah pilihan masing-masin tapi aku masih tak jumpa gambar yang berkenan dihati.Aku buka folder gambar dalam laptop nie.Tiba2 hati aku berdetik untuk open files yang tertulis ‘’OVER’’.Dalam folder tue ada gambar2 dia.Baru aku perasan beberapa keping gambarnya hilang.Mungkin virus kot da melekat kat gambar tue.See,virus pon da suka kat awak la.haha.Malam tue aku dapat kekuatan tok melihat gambarnya yang sebelum nie aku tak suka melihat gambar2nya.Mungkin nak cabar diri sendiri kot.Hati aku mula berdetik dan aku mula terfikir adakah aku sedang merinduinya lagi.Ya Allah,Kau kuatkan hatiku ini.

Bahagia dan selamanya

Aku akui yang aku masih merindui dirinya yang mungkin sudah melupakan aku.Tidak salah untuk aku merinduinya.Tapi bila memikirkan adakah aku masih menyayanginya itu aku tidak pasti.Tapi yang aku masih ingat semua janji-janjinya terhadap aku dulu.Ya,memang kisah itu sudah berlalu tapi aku masih ingat semua janji-janjinya dan masih lagi dalam simpanan aku.Untuk apa? Untuk aku supaya sedar bahawa CINTA ini penuh dengan penipuan.

Dia kini salah faham apa yang aku cuba sampaikan beberapa minggu lepas.Aku hanya menegur supaya dia menukar environment di YM kerana tidak sesuai bagi kami.Tapi dia pula memikirkan yang sudah membenci dirinya.Dia selalu begitu.Selalu salah faham.Perangai dia masih tidak berubah walaupun dulu berkali-kali berjanji untuk berubah namun semuanya hanya penipuan.Dia memikirkan yang aku sudah tidak mahu lagi berkawan dengannya.Dia sudah memadamkan aku dalam senarai kawan di FB.Apa lagi yang aku mampu buat,hanya mampu mengeluh walaupn dalm hati menjerit kegeraman dengan sikapnya yang begitu.Gambar-gambarnya masih lagi dalam simpanan aku.Sengaja untuk aku menyimpannya sekadar untuk.........................Untuk apa ek? Mungkin untuk kenangan.Mungkin.

Kini hidup aku penuh dengan senyuman dan ketawa walaupun sekali sekala hati dipaut rasa geram dan marah yang masih berbaki.Tapi aku malas untuk memikirkan tentang itu.Terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak henti-henti membuat aku pecah perut dengan lawak,gurauan,perlian korang.Perpisahan aku dan dia mungkin memberikan satu kebahagian yang tidak sempat aku merasainya dulu.I LOVE YOU ALL!

Masa aku banyak bersama rakan-rakan dan final project yang semakin hampir dateline nya.Kesibukkan ini memang membuatkan aku lupa tentang dia.Tips ini memang berguna bagi sesiapa yang baru putus cinta seperti aku.Perpisahan ini juga memberikan aku satu bonus iaitu bebas bergerak tanpa kawalan sesiapa.Terima kasih awak! Awak pun bebas bergerak tanpa kawalan saya juga.

Rabu, 4 Ogos 2010

saya suka lagu nie

Lirik Pergilah Ayu – The Fabulous Cats

Kosong hidupku tanpamu
Cermin ku membayang bayanganmu
Pameran kasih ku layu
Tiada dirimu tiada untukku

Tinggalkan ku dalam anganmu
Sakitku mencintaimu
Deritaku merinduimu
Lemah hati menginginkanmu

Kau hilang terus kau menyepi
Tewasku bila ku ketahui
Berita kau sudah berpunya
Hancur hatiku
Berkeping-keping jadinya

Hilangku bukan kerana cinta
Hilangku bukan untuk menyeksa
Bagiku semua tiada berharga
Biarku telan semua derita

Pergilah kau pergi dariku
Biarku ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasihmu
Meski hati merelai

Mati hariku di kotak sepi
Di situ kau mula mahu mengenalinya
Langkahku songsang telah ku sedari
Semula ku hias kau jauh dah pergi
Putus komunikasi kau elakkan diri
Ku mencari jalan kembali kau mahu terus pergi
Ku ingatkan kau memori kau tutupkan telinga
Nyata tiada kita tiada jalan penyambungnya
Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka berdua ku doakannya
PadaMu ku pohon sucikan hatiku
Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu
Amin

Chorus
Pergilah pergilah ayu
Jangan kau
Hiraukan tentang diriku
Pergi kau pergi kau ayu
Ku anggapkan ini satu tragedi

Kau hapuskan semua yang kita bina
Kau hancurkan harapku
Untuk hidup bahagia bersamamu

Berkali kau bersumpah untuk berubah
Tapi janji kosongmu
Tak sudah-sudah
Entah sampai bila
Kau lepaskan saja aku

Ulang Chorus

Pergilah kau pergi dariku
Biar ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasihmu
Meski hati merelai

Pergilah pergilah ayu
Jangan kau
Hiraukan tentang diriku
Pergilah pergilah sayang
Biarkan ku begini


well,lirik lagu nie cam cecocok jer dengan aku.suka dengar berkali-kali terutamanya masa kelas en.yusman.hihi.nak hilangkan ngantuk la...guna earhp k...

Isnin, 2 Ogos 2010

saja-saja

pagi nie aku saja-saja nak menyibukkan diri kat belog aku nie.da lama aku tak update.bz maaa.bz?apa yang di'bz'kan 2? hahaha,padahal law ada keje pun bukan nak wat,suka sangat nak tangguh keje,bila last minute baru nak sedarkan diri yang da naik lemak da tapi bukan lemak kat badan tapi perangai.law lemak kat badan alhamdulillah lah aku,yelah asyik kurus jer aku nie..

aku skang kat lab autocad.hahaha,macam biasa la aku nie,saja-saja nak mencuri tulang sape tah yang aku nak curi tapi aku memang sedikit malas nak wat keje yang disuruh en.mahfuz.maaf en yerk,,bagi saya 30minit tok membebel di sini yerk,,

hari nie aku saja-saja pakai ladies.hahaha.da lama aku tak pkai baju nie,lama sangat da.last aku pakai time sem1.2 pun sekali pastu berperuk kat dalam bakul baju yang siap berlipat serta berbau wangi lagi segar.hahaha,sekali ayat punyer beria coz nak tunjukkan aku nie pembersih.bukan apa,sekali sekala nak bertukar taste katakan.yelah,asyik nak pakai cam boyish jer then aku nie pompan nanti da plak salah faham ngn aku nie.so tak salahkan aku pakai bju nie kan? kan??? kan??

erm,,,life skang wat aku banyak fikir dan terus berfikir.aku bukan saja-saja nka berfikir tapi kadang-kadang aku suka termenung dan secara tidak langsung aku terfikir.dan bila aku terfikir mula la da orang cakap aku nie berangan.aku bukan berangan la bongok tapi berfikir la.fikir pe? fikir benda apa aku nak wat,ape benda yang aku da wat.

ok la,daripada aku saja-saja mengarut nie bek aku sambung balik wat keje autocad aku.