Mereka yang kusayangi

Ahad, 8 Ogos 2010

Bahagia dan selamanya

Aku akui yang aku masih merindui dirinya yang mungkin sudah melupakan aku.Tidak salah untuk aku merinduinya.Tapi bila memikirkan adakah aku masih menyayanginya itu aku tidak pasti.Tapi yang aku masih ingat semua janji-janjinya terhadap aku dulu.Ya,memang kisah itu sudah berlalu tapi aku masih ingat semua janji-janjinya dan masih lagi dalam simpanan aku.Untuk apa? Untuk aku supaya sedar bahawa CINTA ini penuh dengan penipuan.

Dia kini salah faham apa yang aku cuba sampaikan beberapa minggu lepas.Aku hanya menegur supaya dia menukar environment di YM kerana tidak sesuai bagi kami.Tapi dia pula memikirkan yang sudah membenci dirinya.Dia selalu begitu.Selalu salah faham.Perangai dia masih tidak berubah walaupun dulu berkali-kali berjanji untuk berubah namun semuanya hanya penipuan.Dia memikirkan yang aku sudah tidak mahu lagi berkawan dengannya.Dia sudah memadamkan aku dalam senarai kawan di FB.Apa lagi yang aku mampu buat,hanya mampu mengeluh walaupn dalm hati menjerit kegeraman dengan sikapnya yang begitu.Gambar-gambarnya masih lagi dalam simpanan aku.Sengaja untuk aku menyimpannya sekadar untuk.........................Untuk apa ek? Mungkin untuk kenangan.Mungkin.

Kini hidup aku penuh dengan senyuman dan ketawa walaupun sekali sekala hati dipaut rasa geram dan marah yang masih berbaki.Tapi aku malas untuk memikirkan tentang itu.Terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak henti-henti membuat aku pecah perut dengan lawak,gurauan,perlian korang.Perpisahan aku dan dia mungkin memberikan satu kebahagian yang tidak sempat aku merasainya dulu.I LOVE YOU ALL!

Masa aku banyak bersama rakan-rakan dan final project yang semakin hampir dateline nya.Kesibukkan ini memang membuatkan aku lupa tentang dia.Tips ini memang berguna bagi sesiapa yang baru putus cinta seperti aku.Perpisahan ini juga memberikan aku satu bonus iaitu bebas bergerak tanpa kawalan sesiapa.Terima kasih awak! Awak pun bebas bergerak tanpa kawalan saya juga.

Rabu, 4 Ogos 2010

saya suka lagu nie

Lirik Pergilah Ayu – The Fabulous Cats

Kosong hidupku tanpamu
Cermin ku membayang bayanganmu
Pameran kasih ku layu
Tiada dirimu tiada untukku

Tinggalkan ku dalam anganmu
Sakitku mencintaimu
Deritaku merinduimu
Lemah hati menginginkanmu

Kau hilang terus kau menyepi
Tewasku bila ku ketahui
Berita kau sudah berpunya
Hancur hatiku
Berkeping-keping jadinya

Hilangku bukan kerana cinta
Hilangku bukan untuk menyeksa
Bagiku semua tiada berharga
Biarku telan semua derita

Pergilah kau pergi dariku
Biarku ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasihmu
Meski hati merelai

Mati hariku di kotak sepi
Di situ kau mula mahu mengenalinya
Langkahku songsang telah ku sedari
Semula ku hias kau jauh dah pergi
Putus komunikasi kau elakkan diri
Ku mencari jalan kembali kau mahu terus pergi
Ku ingatkan kau memori kau tutupkan telinga
Nyata tiada kita tiada jalan penyambungnya
Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka berdua ku doakannya
PadaMu ku pohon sucikan hatiku
Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu
Amin

Chorus
Pergilah pergilah ayu
Jangan kau
Hiraukan tentang diriku
Pergi kau pergi kau ayu
Ku anggapkan ini satu tragedi

Kau hapuskan semua yang kita bina
Kau hancurkan harapku
Untuk hidup bahagia bersamamu

Berkali kau bersumpah untuk berubah
Tapi janji kosongmu
Tak sudah-sudah
Entah sampai bila
Kau lepaskan saja aku

Ulang Chorus

Pergilah kau pergi dariku
Biar ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasihmu
Meski hati merelai

Pergilah pergilah ayu
Jangan kau
Hiraukan tentang diriku
Pergilah pergilah sayang
Biarkan ku begini


well,lirik lagu nie cam cecocok jer dengan aku.suka dengar berkali-kali terutamanya masa kelas en.yusman.hihi.nak hilangkan ngantuk la...guna earhp k...

Isnin, 2 Ogos 2010

saja-saja

pagi nie aku saja-saja nak menyibukkan diri kat belog aku nie.da lama aku tak update.bz maaa.bz?apa yang di'bz'kan 2? hahaha,padahal law ada keje pun bukan nak wat,suka sangat nak tangguh keje,bila last minute baru nak sedarkan diri yang da naik lemak da tapi bukan lemak kat badan tapi perangai.law lemak kat badan alhamdulillah lah aku,yelah asyik kurus jer aku nie..

aku skang kat lab autocad.hahaha,macam biasa la aku nie,saja-saja nak mencuri tulang sape tah yang aku nak curi tapi aku memang sedikit malas nak wat keje yang disuruh en.mahfuz.maaf en yerk,,bagi saya 30minit tok membebel di sini yerk,,

hari nie aku saja-saja pakai ladies.hahaha.da lama aku tak pkai baju nie,lama sangat da.last aku pakai time sem1.2 pun sekali pastu berperuk kat dalam bakul baju yang siap berlipat serta berbau wangi lagi segar.hahaha,sekali ayat punyer beria coz nak tunjukkan aku nie pembersih.bukan apa,sekali sekala nak bertukar taste katakan.yelah,asyik nak pakai cam boyish jer then aku nie pompan nanti da plak salah faham ngn aku nie.so tak salahkan aku pakai bju nie kan? kan??? kan??

erm,,,life skang wat aku banyak fikir dan terus berfikir.aku bukan saja-saja nka berfikir tapi kadang-kadang aku suka termenung dan secara tidak langsung aku terfikir.dan bila aku terfikir mula la da orang cakap aku nie berangan.aku bukan berangan la bongok tapi berfikir la.fikir pe? fikir benda apa aku nak wat,ape benda yang aku da wat.

ok la,daripada aku saja-saja mengarut nie bek aku sambung balik wat keje autocad aku.

Khamis, 22 Julai 2010

Lupakan


saya akan cuba untuk lupakan dia.Berubah untuk kebaikan diri sendiri.

Rabu, 14 Julai 2010

kekarutan aku

fuhh,boring giler kelas autocad hari nie.orang lain berhempas pulas tok siapkan assgment tapi aku dok melanguk dpn pc.assgment aku da siap coz cikgu xrasmi budak umah aku so aku ley la siapkan cepat.terima kasih kepada IZZATI HAZIRAH.anda cikgu yang baik(cehh)...lecturer yang sibuk membebel kat depan,aku pulak membebel kat belog nie..hahaha.maaf en,mahfuz.saya amat xda mood hari nie.mungkin kepuasaan kot membuatkan mood saya macam tue..opss! jangan salahkan puasa la eijot!

ramadhan semakin hampir so maknanya tempoh tok aku menggantikan puasa yang terbocor tahun lepas wajib diganti sebelum sampainya waktu! masa semakin hampir...korang dah ganti puasa belum?! cepat ganti tau nnti kena denda....tinggal lagi sehari jer lagi tok aku habiskan ganti puasa..kali nie atie turut menyertai aku.tapi dia puasa sunat.

kelas autocad kali nie tiba2 en.mahfuz arahkan semua budak perempuan kena pakai baju kurung.hurm,,aku cukup pelik..kenapa tiba2 jer dia suruh kitaorang pakai baju perempuan.mesti something wrong somewhere nie...aku bukan xsuka pakai baju krung tapi seat kat lab nie seat beroda so da bpe kali kain aku terselit dalm roda tue..sial pye seat..(eijot,ko pose la.astaga)..geram tol aku.nasib baik tak koyak aku pye kain.aku dah la da bpe pasang jer baju kurung nie..

ala,aku bukan perempuan yang sejati sangat...suka tshirt,sneakers and suar jer..ala,aku bukan pakai baju ketat2 pon..siap pakai baju laki tue..longgar tue,,,cuma aku pakai tudung jer yang menampakkan aku perempuan..tapi xbermakna aku tak suka jadi perempuan k.

semalam aku tepon umah.mak aku tya bila nak balik..hurm,,aku memang nak balik tapi xda sekangan masa la nak balik.bukan dekat nak balik umah.5jam tue..pastu tambang pergi balik ada rm150..fuhh,banyak tue...

skang aku tengah cari tempat LI.susah tol nak cari tempat yang sesuai dengan kos aku nie...dok plak kat pahang...adoyaiiiii


p/s=aku terpaksa undur diri coz da kantoi ngn lctrer aku membelonggi kat lab.bye

Isnin, 12 Julai 2010

happy birthday!

happy birthday to you all
happy birthday to you all
happy birthday to AQIF,NIK and SHARUL
happy birthay to you all
MAY ALLAH BLESS YOU ALL!!!!
aqif=my bentayan
nik=my member in PJB
sharul=my member in PLKN

Rabu, 16 Jun 2010

nama


tiba-tiba aku menyepi setelah aku post entry 3 hari berturut-turut kot.haha,time tue aku da mood nak menaip.lagipun aku bukan blogger tegar cam orang lain.lagipun aku kat umah bukan ngadap sangat laptop nie.banyak benda lagi aku nak ngadap.

ok,baik aku berhenti membebel yang tak tentu arah dan tujuan.haha.kali nie aku nak cter sal NAMA.well,semua orang ada nama kan? (cepat angguk!).tapi aku bukan nak cter maksud nama tapi NICKNAME.yelah skang masing-masing dah ada nama yang canggih,panjang.kalau buat ic ada sampai 3 keping mykad..fuh,,mesti penat mak ayah korang pikir nama 2.kali nie aku nak cter sal nama n nickname aku.yelah,xkan aku nak guna nama orang lain kot....

nama penuh aku NUR AMALINA BINTI ABDUL HANAN.kalau setiap kali daftar masuk mana-mana mesti nama nie aku akan guna.eh,memang wajib la isi nama penuh.terutamanya tiap kali nak kuar duit ke,sakit ke,atau lebih senang urusan rasmi la.tapi jarang la orang panggil aku guna nama penuh.sape yang rajin panggil aku guna nama penuh konfem aku berpaling dan memberi senyuman killer la kat orang tue..hahaha,senget.

AMALINA.nama nie biasanya digunakan oleh cikgu-cikgu,pensyarah atau makcik-makcik kat kampung aku.well,aku kalau kat kampung tak berjalan sangat so aku tak berapa tak tahu nama orang kampung aku tapi aku kenal muka.nak kata pemalu tue ada la sikit.haha.nama nie agak formal la so bila ada member-member panggil aku tak kan terus berpaling coz nama amalina nie ramai sangat2 guna so bila dipanggil AMALINA HANAN baru la aku berpaling.

ANAK CIKGU HANAN/HAFIZAH.aku paling suka kalau ada orang panggil aku nama nie.kalau ada orang menanya aku nie anak sape aku akan bagi nama tue.baru la orang tue kenal.nampak sangat mak abah aku nie terkenal.hahaha.well,walaupun kat nama tue tak terselit nama aku tapi aku cukup menyenangi nama tue.sebab pe ek? ermm,,maybe sebab nama abah n mak aku kot.tapi aku tak suka bila aku dijadikan bahan umpatan bila guna nama tue.kalau nak mengumpat nama aku guna nama aku bukan nama mak abah aku k.

EINA.haa,,nama nie ialah nama rasmi aku bila berkawan.tapi nama nie hanya digunakan untuk saudara-mara,sepupu-sepapat,kawan-kawan sekolah,PLKN.senang cerita kalau kat pahang aku dipanggil nama nie.sejak tadika lagi aku dipanggil dengan nama nie sampai la aku habis sekolah.

EIJOT.yang nie plak nama rasmi yang ke2.nama ini wujud di PJB.terwujudnya nama ini kerana di PJB nama amalina dan eina da ramai da.so aku decide tuk cari satu nama yang pelik tapi senang orang ingat.setiap kali aku kenalkan aku guna nama nie maka wujud lah muka-muka berkerut kerana pelik mendengar nama nie.hahaha.so kat nama ini hanya wujud PJB sahaja.kat pahang tak wujud nama nie.well,melalui nama nie gak aku dapat rasa satu perubahan dalam diri aku.apa yang berubah? ermm,masih dalam pencarian lagi.tapi ada yang mempertikaikan dengan nama nie coz nama nie lebih bersifat kelelakian.haha,aku tak nafikan la sal tue tapi aku da suka nama nie.ha,lagi satu.kalau ada nombor yang tak dikenali msj o tepon yang menanyakan siapa aku dengan wajib aku akan sebut nama nie..hahaha,orang tue secara tidak langsung akan pelik coz konfius laki ke perempuan....

OTAI.hahaha.aku memang tak boley bla ngan nama nie.well,nama nie wujud di PJB sahaja.nie gara-gara sorang member kelas aku yang bernama BOTAK a.k.a mohd fazhil yang panggil aku macam tue.hanya dia sorang jer panggil aku macam tue.maybe sifat aku yang boyish tue yang membuatkan dia panggil aku macam tue.aku mula-mula marah tapi sampai sekarang gak la dia panggil aku macam tue.dan dia tak penah aku panggil aku selain nama tue.hishh,,botak.....nasib baik dia sorang jer panggil aku cam tue.

SIZUKA.ha,,yang lagi satu.nama nie wujud masa aku form2.cikgu zamri merangkap cikgu sejarah aku yang bagi nama tue kat aku.ada ke patut?!! kisahnya macam nie,aku nie minat sejarah (eceehh) so bila time sejarah aku banyak tanya tak pun cikgu tambahan yang tak berdaulat dalam kelas la.kira mulut aku nie becok.''awak nie amalina,becoknya mulut.kalau macam tue saya panggil sizuka la,''.tue la ayat dia yang masih terpahat dalam kepala aku nie.sejak tue kalau dia masuk kelas dia memang sengaja panggil aku guna tuh.nak kenakan aku la.mujur cikgu tue da tukar sekolah tak lama tue..tapi nasib baik tak da orang panggil nama tue.so korang yang baca nie jangan sesekali panggil aku guna nama tue.

MAK DEK.walaweyy,,lembutnye nama nie padahal empunya nama nie xla lembut pon.well,nama nie ialah nama pangkat dalam family aku sejak ada anak sedara yang bernama AQIF RAYYAN.da basar budak bentayan tue,,,hahaha,tue nama manja dia.

apa-apa pun nama kita,............................(korang sambung sendiri la)

erm,mata pun da ngantuk so nnti plak aku menaip ek...bye