pagi nie aku saja-saja nak menyibukkan diri kat belog aku nie.da lama aku tak update.bz maaa.bz?apa yang di'bz'kan 2? hahaha,padahal law ada keje pun bukan nak wat,suka sangat nak tangguh keje,bila last minute baru nak sedarkan diri yang da naik lemak da tapi bukan lemak kat badan tapi perangai.law lemak kat badan alhamdulillah lah aku,yelah asyik kurus jer aku nie..
aku skang kat lab autocad.hahaha,macam biasa la aku nie,saja-saja nak mencuri tulang sape tah yang aku nak curi tapi aku memang sedikit malas nak wat keje yang disuruh en.mahfuz.maaf en yerk,,bagi saya 30minit tok membebel di sini yerk,,
hari nie aku saja-saja pakai ladies.hahaha.da lama aku tak pkai baju nie,lama sangat da.last aku pakai time sem1.2 pun sekali pastu berperuk kat dalam bakul baju yang siap berlipat serta berbau wangi lagi segar.hahaha,sekali ayat punyer beria coz nak tunjukkan aku nie pembersih.bukan apa,sekali sekala nak bertukar taste katakan.yelah,asyik nak pakai cam boyish jer then aku nie pompan nanti da plak salah faham ngn aku nie.so tak salahkan aku pakai bju nie kan? kan??? kan??
erm,,,life skang wat aku banyak fikir dan terus berfikir.aku bukan saja-saja nka berfikir tapi kadang-kadang aku suka termenung dan secara tidak langsung aku terfikir.dan bila aku terfikir mula la da orang cakap aku nie berangan.aku bukan berangan la bongok tapi berfikir la.fikir pe? fikir benda apa aku nak wat,ape benda yang aku da wat.
ok la,daripada aku saja-saja mengarut nie bek aku sambung balik wat keje autocad aku.
Isnin, 2 Ogos 2010
saja-saja
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 5:56 PTG 0 anda hot
Label: gedik fedik
Khamis, 22 Julai 2010
Rabu, 14 Julai 2010
kekarutan aku
fuhh,boring giler kelas autocad hari nie.orang lain berhempas pulas tok siapkan assgment tapi aku dok melanguk dpn pc.assgment aku da siap coz cikgu xrasmi budak umah aku so aku ley la siapkan cepat.terima kasih kepada IZZATI HAZIRAH.anda cikgu yang baik(cehh)...lecturer yang sibuk membebel kat depan,aku pulak membebel kat belog nie..hahaha.maaf en,mahfuz.saya amat xda mood hari nie.mungkin kepuasaan kot membuatkan mood saya macam tue..opss! jangan salahkan puasa la eijot!
ramadhan semakin hampir so maknanya tempoh tok aku menggantikan puasa yang terbocor tahun lepas wajib diganti sebelum sampainya waktu! masa semakin hampir...korang dah ganti puasa belum?! cepat ganti tau nnti kena denda....tinggal lagi sehari jer lagi tok aku habiskan ganti puasa..kali nie atie turut menyertai aku.tapi dia puasa sunat.
kelas autocad kali nie tiba2 en.mahfuz arahkan semua budak perempuan kena pakai baju kurung.hurm,,aku cukup pelik..kenapa tiba2 jer dia suruh kitaorang pakai baju perempuan.mesti something wrong somewhere nie...aku bukan xsuka pakai baju krung tapi seat kat lab nie seat beroda so da bpe kali kain aku terselit dalm roda tue..sial pye seat..(eijot,ko pose la.astaga)..geram tol aku.nasib baik tak koyak aku pye kain.aku dah la da bpe pasang jer baju kurung nie..
ala,aku bukan perempuan yang sejati sangat...suka tshirt,sneakers and suar jer..ala,aku bukan pakai baju ketat2 pon..siap pakai baju laki tue..longgar tue,,,cuma aku pakai tudung jer yang menampakkan aku perempuan..tapi xbermakna aku tak suka jadi perempuan k.
semalam aku tepon umah.mak aku tya bila nak balik..hurm,,aku memang nak balik tapi xda sekangan masa la nak balik.bukan dekat nak balik umah.5jam tue..pastu tambang pergi balik ada rm150..fuhh,banyak tue...
skang aku tengah cari tempat LI.susah tol nak cari tempat yang sesuai dengan kos aku nie...dok plak kat pahang...adoyaiiiii
p/s=aku terpaksa undur diri coz da kantoi ngn lctrer aku membelonggi kat lab.bye
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 1:12 PG 0 anda hot
Label: gedik fedik
Isnin, 12 Julai 2010
happy birthday!
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 6:48 PTG 0 anda hot
Label: gedik fedik
Rabu, 16 Jun 2010
nama
tiba-tiba aku menyepi setelah aku post entry 3 hari berturut-turut kot.haha,time tue aku da mood nak menaip.lagipun aku bukan blogger tegar cam orang lain.lagipun aku kat umah bukan ngadap sangat laptop nie.banyak benda lagi aku nak ngadap.
ok,baik aku berhenti membebel yang tak tentu arah dan tujuan.haha.kali nie aku nak cter sal NAMA.well,semua orang ada nama kan? (cepat angguk!).tapi aku bukan nak cter maksud nama tapi NICKNAME.yelah skang masing-masing dah ada nama yang canggih,panjang.kalau buat ic ada sampai 3 keping mykad..fuh,,mesti penat mak ayah korang pikir nama 2.kali nie aku nak cter sal nama n nickname aku.yelah,xkan aku nak guna nama orang lain kot....
nama penuh aku NUR AMALINA BINTI ABDUL HANAN.kalau setiap kali daftar masuk mana-mana mesti nama nie aku akan guna.eh,memang wajib la isi nama penuh.terutamanya tiap kali nak kuar duit ke,sakit ke,atau lebih senang urusan rasmi la.tapi jarang la orang panggil aku guna nama penuh.sape yang rajin panggil aku guna nama penuh konfem aku berpaling dan memberi senyuman killer la kat orang tue..hahaha,senget.
AMALINA.nama nie biasanya digunakan oleh cikgu-cikgu,pensyarah atau makcik-makcik kat kampung aku.well,aku kalau kat kampung tak berjalan sangat so aku tak berapa tak tahu nama orang kampung aku tapi aku kenal muka.nak kata pemalu tue ada la sikit.haha.nama nie agak formal la so bila ada member-member panggil aku tak kan terus berpaling coz nama amalina nie ramai sangat2 guna so bila dipanggil AMALINA HANAN baru la aku berpaling.
ANAK CIKGU HANAN/HAFIZAH.aku paling suka kalau ada orang panggil aku nama nie.kalau ada orang menanya aku nie anak sape aku akan bagi nama tue.baru la orang tue kenal.nampak sangat mak abah aku nie terkenal.hahaha.well,walaupun kat nama tue tak terselit nama aku tapi aku cukup menyenangi nama tue.sebab pe ek? ermm,,maybe sebab nama abah n mak aku kot.tapi aku tak suka bila aku dijadikan bahan umpatan bila guna nama tue.kalau nak mengumpat nama aku guna nama aku bukan nama mak abah aku k.
EINA.haa,,nama nie ialah nama rasmi aku bila berkawan.tapi nama nie hanya digunakan untuk saudara-mara,sepupu-sepapat,kawan-kawan sekolah,PLKN.senang cerita kalau kat pahang aku dipanggil nama nie.sejak tadika lagi aku dipanggil dengan nama nie sampai la aku habis sekolah.
EIJOT.yang nie plak nama rasmi yang ke2.nama ini wujud di PJB.terwujudnya nama ini kerana di PJB nama amalina dan eina da ramai da.so aku decide tuk cari satu nama yang pelik tapi senang orang ingat.setiap kali aku kenalkan aku guna nama nie maka wujud lah muka-muka berkerut kerana pelik mendengar nama nie.hahaha.so kat nama ini hanya wujud PJB sahaja.kat pahang tak wujud nama nie.well,melalui nama nie gak aku dapat rasa satu perubahan dalam diri aku.apa yang berubah? ermm,masih dalam pencarian lagi.tapi ada yang mempertikaikan dengan nama nie coz nama nie lebih bersifat kelelakian.haha,aku tak nafikan la sal tue tapi aku da suka nama nie.ha,lagi satu.kalau ada nombor yang tak dikenali msj o tepon yang menanyakan siapa aku dengan wajib aku akan sebut nama nie..hahaha,orang tue secara tidak langsung akan pelik coz konfius laki ke perempuan....
OTAI.hahaha.aku memang tak boley bla ngan nama nie.well,nama nie wujud di PJB sahaja.nie gara-gara sorang member kelas aku yang bernama BOTAK a.k.a mohd fazhil yang panggil aku macam tue.hanya dia sorang jer panggil aku macam tue.maybe sifat aku yang boyish tue yang membuatkan dia panggil aku macam tue.aku mula-mula marah tapi sampai sekarang gak la dia panggil aku macam tue.dan dia tak penah aku panggil aku selain nama tue.hishh,,botak.....nasib baik dia sorang jer panggil aku cam tue.
SIZUKA.ha,,yang lagi satu.nama nie wujud masa aku form2.cikgu zamri merangkap cikgu sejarah aku yang bagi nama tue kat aku.ada ke patut?!! kisahnya macam nie,aku nie minat sejarah (eceehh) so bila time sejarah aku banyak tanya tak pun cikgu tambahan yang tak berdaulat dalam kelas la.kira mulut aku nie becok.''awak nie amalina,becoknya mulut.kalau macam tue saya panggil sizuka la,''.tue la ayat dia yang masih terpahat dalam kepala aku nie.sejak tue kalau dia masuk kelas dia memang sengaja panggil aku guna tuh.nak kenakan aku la.mujur cikgu tue da tukar sekolah tak lama tue..tapi nasib baik tak da orang panggil nama tue.so korang yang baca nie jangan sesekali panggil aku guna nama tue.
MAK DEK.walaweyy,,lembutnye nama nie padahal empunya nama nie xla lembut pon.well,nama nie ialah nama pangkat dalam family aku sejak ada anak sedara yang bernama AQIF RAYYAN.da basar budak bentayan tue,,,hahaha,tue nama manja dia.
apa-apa pun nama kita,............................(korang sambung sendiri la)
erm,mata pun da ngantuk so nnti plak aku menaip ek...bye
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 9:19 PG 0 anda hot
Label: gedik fedik, ini pendapat saya
Jumaat, 28 Mei 2010
penantianku berakhir!!!!
terlebih dahulu aku nak ucap banyak2 terima kasih kepada MOHD HADRI merangkap abang aku yang ke 4 kerana membeli kan kamera nie.TAPI guna duit aku k.aku bank in kat dy.pandai sungguh dy pilih warna.sekali warna pink.dy memang sengaja nak kenakan aku coz dy tahu aku KURENG ngn wane pink nie!!!! hahahaha.tapi xpe..xkan selamanye aku nak berkureng ngan warna pink nie kan...mula2 aku bajet nak beli kamera yang harganya kurang dari rm450 tapi abang aku 2 cakap alang palang bek beli yang rm500 punyer..ermmm,,aku decide la beli yang rm500 unyer..xpe,sekali seumur hidup aku beli kamera.lepas nie aku guna duit bakal suami aku la.
SUAMI??? ala,xda calon lagi la...aku saja jer wat gempaq.hahaha.eijot senget..
ok berbalik sal kamera nie.aku sebenarnya da mengidam nak kamera xkisah la jenis o jenama pe pon janji aku da kamera sendiri.so now i have one!!!!!!! lepas nie aku ley snap gambar byk2.puas hati aku.
kamera nie beli kay lowyat katanye..so dy da biase ngn tmpat 2 n dapat la tawar menawar.hehehe.
aku beli kamera nie guna duit PTPTN .hahaha.tq ptptn coz sponsor pembelian kamera nie..
ok,,aku cter sikit spefikasi kamera nie.
jenama=SONY
warna=PINK tapi nampak cam wane pepel la plak
megapixel=12.1
zoom=4x
wide angle lens=28mm
lcd screen=2.7
face detection
smile shutter
intelligent auto
casing is free(hihi)
ermmm,wpon nie bkn DSLR tpi aku cukup bersyukur coz impian aku tercapai gak akhirnya.lepas nie law nk hang out akan kubawa gadget kesayangan aku nie.hahahaha.k la,aku nak godek2 la benda alah nie,,,,
aku rasa nak letak nama la kat benda alah nie..hurmmm,,ape yerk?????? ha,,,aku nak namakan benda nie SLEEQ.
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 8:15 PG 0 anda hot
Label: gedik fedik
Selasa, 25 Mei 2010
kebetulan atau takdir
malam 2 aku tidur awal.tiba2 malam 2 aku tidur awal.aku pon xthu ngape.sebelum aku tidur aku say 'good luck' kat dy coz sok dy akan menghadapi paper last kos elektrik.dan seperti byse aku dengar lagu kat hp aku then aku tertidur.chopp...sebelum 2 aku niat dalam hati mintak2 aku bangun subuh coz da bpe hari subuh aku terlepas.hehehe
pukul 5.36 pagi aku terjaga.hp aku senyap n aku ambik hp aku nak tgok jam la.then tertera kat skrin hp aku '1 new message'..aku yang tengah mamai bukak la msj 2 wpon dalam hati sape la yg anta msj pg2 buta nie.
dalam keadaan mata yang rabun n sepet coz bru bgon tidur aku pon baca la.
..........................................................................................................................................................................
sekerat jer aku baca terus aku letak hp aku n tidur TAPI aku xley tidur da.sebab ape? sebab msj 2 la !!!! aku baca sekali lagi msj 2 n sampai habis n berulang-ulang kali.
aku terfikir wpon dalam mamai,ADAKAH INI KEBETULAN @ TAKDIR?????? hurm,aku cuba tutup mata tok lupakan msj 2 tapi xley gak.aku bangun n aku solat.aku rasa segar sikit coz muka da kena air,then aku ambik hp n baca lagi sekali msj 2.
sambil2 baca aku bukak lagu 'selepas kau pergi' by laluna.erm,,dy da wat kata putus atas segala yang da berlaku dalam hubungan kitaorg.time 2 aku xthu nk gambarkan perasaan aku.sedih? kecewa? sakit hati?
baik la wak,saya terima keputusan awk.terima kasih atas segala2nya.byk lagi saya nak ckp tapi lain kali la plak ek.sebelum 2 saya nak bagi 1 lagu kat awak.
Lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku
Lagu ini hanya ingin kau fahami ku sudah teruskan hidupku
Semuanya cun saja
Tak perlu tinggalkan pesanan
Tak perlu buat panggilan
Ku tak perlu lagi kalau kau cuba mintak maaf
Lupakan sahaja
Diriku cun saja
Duduk di rumah seorang saja
Menulis lagu cinta
Menggunakan kisah ini tuk ceritakan
Chorus
Alyph:
Cun hidupku kini cun saja
Sejak kita memang cun semuanya
Sejak pisah itulah permulaannya untukku berhati-hati dgn buaya
Ngap ngap pendirianku tegap
Jumlah kali kita bertengkar memang genap
Untuk aku ke tahap ini silap kita memang patut sama-sama kene sepak pak pak
Tapi bukan niat aku tuk salahkan dirimu
Aku sedar ku juga ada kekuranganku
Tapi kalau bersifat mementingkan diri sendiri untuk kebaikkan bukan kurang ajar itu
Duduk di rumah seorang saja
Mengarang lagu cinta
Dengan mengembalikan kisah kitakan tapi jangan perasaan
Ohh..
Walaupun ini bab yang baru ada masa arah ku tak tentu
Tetap rindu kehadiranmu, tidak patut
Kerna ku takut
Chorus
Lagu ini,
Tandanya kamu masih sayangkan ku
Walaupun sudah tidak bersama lagi
Lagu ini,
Tandanya ku masih rindukanmu
Walaupun sudah tidak bersama lagi
Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu bahawaku okay
Aku okay
Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu jangan cakap tak boleh
siapa yg tulis nie? eijot @ eina di 7:55 PG 0 anda hot
Label: gedik fedik
.jpg)


