Mereka yang kusayangi

Ahad, 30 Januari 2011

im still undercontrol




Assalam semua dan salam sejahtera.Aku pun dah menjangkau usia 20 tahun pada 28 Januari so Happy Sweet 20 to me! Haha.Ops,silap la.Bukan sweet tapi happy macho 20.Kenapa MACHO? Well,aku suka ngn word 2 la drpd cun,comel,cantik.
Umur pon dah 20 so pemikiran pon kena la berubah kan.Yelah,aku pernah dihentam kerana pemikiran kolot @ consertative thinking.Peh,aku mula-mula memang tak leh terima coz time 2 aku pye hati tak tenang and diselubungi rasa marah ya amat.Tapi hati da tenang and pemikiran aku mula mengingati apa yang terjadi then aku akui tentang cara pemikiran aku 2.Tapi not all time im in consertative thinking k.Baru aku perasan time 2 aku kena PMS kot 2 yang aku pikir yang negatif.PMS? What that? Well,it is Pre Menstrual Syndrome.Ha,,tak tahu lagi? Google sendiri k.Maklumat di hujung jari sekarang nie.Oleh itu,aku akan berusaha untuk berubah ke arah kebaikan untuk diri aku dan orang lain.
Even aku da 20 tahun,tak bermakna aku sudah bebas.NO! Sangat silap besar sape-sape yang berfikiran sebegitu.Korang tahu tak wajib mengundi pilihanraya pada umur berapa? 21 tahun kan.Kenapa aku kaitkan kewajiban mengundi dengan kebebasan diri? Ok,aku explain sikit mengikut pemahaman aku.Kewajiban mengundi kepada warganegara yang berusia 21 tahun keatas dan pengundi haruslah mengundi mengikut PILIHAN SENDIRI dan TANPA PAKSAAN orang lain.Sebab pada usia 21 tahun pengundi boleh berfikir secara WARAS untuk kebaikan mengundi.So,21 tahun 2 kira zaman kebebasan diri yang rasmi la tapi jangan lah sampai melampau batas la plak kan.Tapi zaman sekarang budak umur 12 tahun pun da bebas macam umur 20an plak.Dunia memang dah maju tapi jangan lah sampai nk merosakkan diri sendiri.Well,aku nie kira masih lagi bawah pengawasan mak abah aku la.Haha,tidur pon dengan mak aku.Aku bukan anak manja tapi time nie jelah aku nak bermanja dengan mak aku coz selama nie aku tak pernah kot tidur dengan mak aku kat umah.Yelah,lepas nie dah balik JB so dah tak dapat dah.Pastu dah kawin kompem2 tak merasa dah coz all time sleep with my hubby.Cehhh,cakap sal kawin plak aku nie,gatal nk kawin ke eina! Hahaha.
Bila cakap pasal hari jadi mesti orang akan tanya ‘’Eh,kau dapat hadiah ape?,’’ soalan yang sangat biasa kita dengar ditujukan kepada birthday person.Ala,ayat 2 dah lapuk la awak,cube bagi soalan yang mencabar minda contoh ‘’Apa ramuan kek besday ko 2,’’ @ ‘’Agak2 bape kilo tepung yang kitaorang tabur kat ko tadi,’’ .Best gak aku nak pikir kan.Hadiah bagi aku bukan lah sesuatu yang penting @ wajib bila time hari jadi,ucapan pon dah cukup bermakna dah.Tapi kalau ada yang nak bagi apa salahnya kira itu rezeki lebih la kan.Malam hari jadi aku aku dapat kejutan dari budak umah aku.Ciss,sangat aku tak sangka coz semua muka macam biasa jer.Then Zana ajak budak bilik aku tengok wayang so ikut jelah.Cter Faster lakonan the Rock.Tajuk jer faster tapi cter x laju mana pun coz klimaks dy xbest la.Tahu-tahu jer dah habis.Cehhh,nasib baik tiket rm8 jer.Habis cter 2 pukul 10.45malam so kitaorang shoot pic on the top of ECM la.Time 2 cuaca berangin so agak nak melayang tubuh aku yang kurus nie.Dah puas dok ambik angin kat situ kitaorg pon balik umah.Aku naik dulu coz yang lain ape tah dyorg sibukkan.Dah la kat bawah 2 gelap,risau jer terpijak tikus ke,lipas ke,,seriau k.Bila aku bukak jer pintu 4 mercun meletup depan aku.Sumpah,terkejut aku and tak sangka sangat2.Habis aku kena tepung and it is 1 time in my life coz sebelum nie tak pernah nk sambut pon.Nasib baik kena tepung jer,telur and air xda.Haha,coz telur kat umah time 2 dah habis.Ada hikmah.After that,kitorg makan2 and aku kemas rumah yang dah penuh dengan tepung 2.TQ guys 4 everything.Korang memang best! Esoknya aku sampai ofis abg Ayuz dah sampai dulu.Aku bukak jer pintu dy dah senyum and say ‘’Happy Birthday’’.Pastu dy ajak breakfast kat kedai ZAM ZAM.Abg Ayuz belanja makan! TQ A.Ayuz! Tak lupa juga kepada K.Sabrina n A.Fikri coz wish my birthday.
Bukak jer FB berderet wish my HB.TQ guys! I love u all.Terasa macam artis plak.Hahaha.Alhamdulillah aku balas semua wall post dyorg.Anyway,sape-sape yang lupa 2 nevermind.I tak kisah pon.Next year ada lagi kan.Bukan berdosa pon kalau tak wish pon.
Sempena HB saya,saya amat berterima kasih kepada
-Allah SWT coz masih memberi peluang kepada aku bernafas di dunia ini yang penuh dugaan.Alhamdulillah.
-Mak abah dan adik beradik yang berdidik aku sehingga besar even selalu menimbulkan masalah and memeningkan kepala dyorg sal perangai aku yang really stubborn nie.Eina akan berubah,Insyaallah.
-Rakan-rakan samada bdk Ganchong,Ahmad,PLKN,PJB,POLISAS,FB dan rakan tempat kerja TALENT ID.I love you all !
-Tak lupa juga kepada K.A yang wish my HB.Happy trip ya! Anyway,jgn bg WTF kat I da.
-Kepada blogger and silent reader jugak tak lupa coz sudi membaca blog usang nie.

Selasa, 18 Januari 2011

10 Tanda Dia Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad

Ahad, 16 Januari 2011

UTP vs UiTM




Tahniah kepada pakwe n makwe ku yg berjaya sambung ijazah kat 2 U nie.Ahamdulillah,rezeki mereka.Aku? Insyaallah aku akan sambung jika da rezeki.

nissan


xda ape nk tulis so aku letak ape2 jer janji aku update yg da bersawang tahap gaban nie.wait me 4 next entry k!

Jumaat, 7 Januari 2011

hidup mati sebuah blog usang


salam dan apa kabar semua,

statemant kat atas 2 giler serious even ownernya xla serious mana pon.dalam kata lain susah nk serious tpi GEDIK-GEDIK nak jadi serious.HAHA

Dah lama aku xupdate dan ini entry yg disimpan sbg draf coz tgah syok2 aku taip dan idea mencurah-curah nk post entry tros line tenet wat hal.Cehhh,betul jeles dgn aku tol tenet nie.

Well,actually dah lama aku menyepi dalam dunia blog nie even aku tiap2 hari bukak and tak pernah nk post ape2.Sengal tol.

Anyway,dulu aku jadikan blog nie sbg DIARI GEDIK.sebab apa nama cam 2 coz apasal la aku nk gedik fedik nk cerita satu dunia sal masalah kau eina.orang lain pon ada masalah gak.tak payah lah nak heboh satu dunia.ok,2 statement khas tok aku k.korang jangan terasa plak.So aku decide tok edit balik entry2 lama coz aku tak mahu menyerabutkan kepala korang dengan masalah aku kan kan kan.Lepas nie Insyaallah aku post entry yg happy2,seram,kelakar,hot2 ke..