Mereka yang kusayangi

Rabu, 16 Jun 2010

nama


tiba-tiba aku menyepi setelah aku post entry 3 hari berturut-turut kot.haha,time tue aku da mood nak menaip.lagipun aku bukan blogger tegar cam orang lain.lagipun aku kat umah bukan ngadap sangat laptop nie.banyak benda lagi aku nak ngadap.

ok,baik aku berhenti membebel yang tak tentu arah dan tujuan.haha.kali nie aku nak cter sal NAMA.well,semua orang ada nama kan? (cepat angguk!).tapi aku bukan nak cter maksud nama tapi NICKNAME.yelah skang masing-masing dah ada nama yang canggih,panjang.kalau buat ic ada sampai 3 keping mykad..fuh,,mesti penat mak ayah korang pikir nama 2.kali nie aku nak cter sal nama n nickname aku.yelah,xkan aku nak guna nama orang lain kot....

nama penuh aku NUR AMALINA BINTI ABDUL HANAN.kalau setiap kali daftar masuk mana-mana mesti nama nie aku akan guna.eh,memang wajib la isi nama penuh.terutamanya tiap kali nak kuar duit ke,sakit ke,atau lebih senang urusan rasmi la.tapi jarang la orang panggil aku guna nama penuh.sape yang rajin panggil aku guna nama penuh konfem aku berpaling dan memberi senyuman killer la kat orang tue..hahaha,senget.

AMALINA.nama nie biasanya digunakan oleh cikgu-cikgu,pensyarah atau makcik-makcik kat kampung aku.well,aku kalau kat kampung tak berjalan sangat so aku tak berapa tak tahu nama orang kampung aku tapi aku kenal muka.nak kata pemalu tue ada la sikit.haha.nama nie agak formal la so bila ada member-member panggil aku tak kan terus berpaling coz nama amalina nie ramai sangat2 guna so bila dipanggil AMALINA HANAN baru la aku berpaling.

ANAK CIKGU HANAN/HAFIZAH.aku paling suka kalau ada orang panggil aku nama nie.kalau ada orang menanya aku nie anak sape aku akan bagi nama tue.baru la orang tue kenal.nampak sangat mak abah aku nie terkenal.hahaha.well,walaupun kat nama tue tak terselit nama aku tapi aku cukup menyenangi nama tue.sebab pe ek? ermm,,maybe sebab nama abah n mak aku kot.tapi aku tak suka bila aku dijadikan bahan umpatan bila guna nama tue.kalau nak mengumpat nama aku guna nama aku bukan nama mak abah aku k.

EINA.haa,,nama nie ialah nama rasmi aku bila berkawan.tapi nama nie hanya digunakan untuk saudara-mara,sepupu-sepapat,kawan-kawan sekolah,PLKN.senang cerita kalau kat pahang aku dipanggil nama nie.sejak tadika lagi aku dipanggil dengan nama nie sampai la aku habis sekolah.

EIJOT.yang nie plak nama rasmi yang ke2.nama ini wujud di PJB.terwujudnya nama ini kerana di PJB nama amalina dan eina da ramai da.so aku decide tuk cari satu nama yang pelik tapi senang orang ingat.setiap kali aku kenalkan aku guna nama nie maka wujud lah muka-muka berkerut kerana pelik mendengar nama nie.hahaha.so kat nama ini hanya wujud PJB sahaja.kat pahang tak wujud nama nie.well,melalui nama nie gak aku dapat rasa satu perubahan dalam diri aku.apa yang berubah? ermm,masih dalam pencarian lagi.tapi ada yang mempertikaikan dengan nama nie coz nama nie lebih bersifat kelelakian.haha,aku tak nafikan la sal tue tapi aku da suka nama nie.ha,lagi satu.kalau ada nombor yang tak dikenali msj o tepon yang menanyakan siapa aku dengan wajib aku akan sebut nama nie..hahaha,orang tue secara tidak langsung akan pelik coz konfius laki ke perempuan....

OTAI.hahaha.aku memang tak boley bla ngan nama nie.well,nama nie wujud di PJB sahaja.nie gara-gara sorang member kelas aku yang bernama BOTAK a.k.a mohd fazhil yang panggil aku macam tue.hanya dia sorang jer panggil aku macam tue.maybe sifat aku yang boyish tue yang membuatkan dia panggil aku macam tue.aku mula-mula marah tapi sampai sekarang gak la dia panggil aku macam tue.dan dia tak penah aku panggil aku selain nama tue.hishh,,botak.....nasib baik dia sorang jer panggil aku cam tue.

SIZUKA.ha,,yang lagi satu.nama nie wujud masa aku form2.cikgu zamri merangkap cikgu sejarah aku yang bagi nama tue kat aku.ada ke patut?!! kisahnya macam nie,aku nie minat sejarah (eceehh) so bila time sejarah aku banyak tanya tak pun cikgu tambahan yang tak berdaulat dalam kelas la.kira mulut aku nie becok.''awak nie amalina,becoknya mulut.kalau macam tue saya panggil sizuka la,''.tue la ayat dia yang masih terpahat dalam kepala aku nie.sejak tue kalau dia masuk kelas dia memang sengaja panggil aku guna tuh.nak kenakan aku la.mujur cikgu tue da tukar sekolah tak lama tue..tapi nasib baik tak da orang panggil nama tue.so korang yang baca nie jangan sesekali panggil aku guna nama tue.

MAK DEK.walaweyy,,lembutnye nama nie padahal empunya nama nie xla lembut pon.well,nama nie ialah nama pangkat dalam family aku sejak ada anak sedara yang bernama AQIF RAYYAN.da basar budak bentayan tue,,,hahaha,tue nama manja dia.

apa-apa pun nama kita,............................(korang sambung sendiri la)

erm,mata pun da ngantuk so nnti plak aku menaip ek...bye